5 Benda Yang Dijumpai Ketika Operasi Mencari Lion Air Dijalankan Dan Semua Milik Penumpang
5 Benda Yang Dijumpai Ketika Operasi Mencari Lion Air Dijalankan Dan Semua Milik Penumpang |
JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tragedi pesawat Lion Air yang terhempaas di perairan Tanjung Karawang, mengesan satu objek dipercayai baangkai pesawat itu pada Rabu.
Laporan televisyen tempatan memetik Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto sebagai berkata pasukan SAR yang menggunakan teknologi sonar mengesan objek tersebut di satu koordinat di perairan berkenaan.
ARTIKEL MENARIK: Terkini. Pasukan Penyelamat Dikatakan Telah Jumpa Pesawat Lion Air Tetapi
“Belum diyakini (baangkai pesawat), saat ini (kami) telah fokus satu titik (koordinat), apa yang diduga (dipercayai) adalah bahagian JT610 (pesawat Lion Air),” katanya dipetik siaran televisyen Berita Satu.
Beliau yang turut serta dalam operasi pencarian itu berkata pasukan penyelam telah diarahkan ke lokasi berkenaan.
Pasukan penyelam kembali meneruskan operasi mencari di dalam laut.
Operasi pencarian 24 jam itu yang melibatkan anggota tentera, polis serta Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) menggunakan 35 kapal, tiga helikopter serta tiga pesawat selain pasukan penyelam.
Operasi pencarian turut menggunakan peralatan canggih seperti pemerum gema berbilang alur, sonar dan kenderaan kawalan jauh (ROV) bagi mengesan baangkai pesawat.
Penerbangan JT610 yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempaas tidak lama setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi Isnin.
Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada 7.10 pagi hari sama waktu Indonesia Barat, dilaporkan terputus hubungan sebelum terheempas.
5 Barang Yang Dijumpai Ketika Operasi Mencari Lion Air.
Berikut beberapa benda yang ditemukan hasil operasi tim SAR dilansir brilio.net dari berbagai sumber, Selasa (31/10)
1.PULUHAN BEG TANGAN DIJUMPAI
2.BEG TANGAN BERWARNA PINK
3.KAD PENGENALAN PENUMPANG LION AIR
4.KASUT KASUT MILIK PENUMPANG
5.HANDPHONE PENUMPANG
KENAPA TIADA MAAYAT PENUMPANG YANG TIMBUL ?
Setakat jam 2 pagi Selasa waktu tempatan, sebanyak 24 beg berisi jeenazah penumpang pesawat Lion Air JT 610 telah dibawa keluar dari lokasi kejadian.
Kesemua mangsa daripada pesawat yang terhempaas di perairan Tanjung Karawang itu dihantar ke Hospital Polis Republik Indonesia di Tanjung Priok.
TERIKAT PADA KERUSI
Menurut Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), pihaknya percaya kebanyakan mangsa tidak timbul kerana terikat pada kerusi pesawat.
Pihaknya setakat ini mengesahkan telah menemui serpihan ekor pesawat malang itu.
Operasi pencarian berlangsung tanpa henti dan turut dibantu penggunaan sonar.
Operasi pencarian berlangsung tanpa henti dan turut dibantu penggunaan sonar.
Antara yang menaiki pesawat berkenaan adalah empat orang hakim serta pegawai Kementerian Kewangan.
Penerbangan JT 610 itu membawa 178 penumpang dewasa, satu kanak-kanak dan dua bayi.
Pesawat dikendalikan kapten Bhavye Suneja dan pembantu juruterbang Harvino bersama enam kru kabin, Shintia Melina, Citra Noivita Anggelia, Alviani Hidayatul Solikha, Damayanti Simarmata, Mery Yulianda dan Deny Maula.
Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu dilaporkan terputus hubungan sebelum terheempas di koordinat S 5 49.052 E 107 06.628 di perairan Karawang, selepas berlepas 6.20 pagi Isnin dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung, dekat Sumatera pada jam 7.10 pagi waktu Indonesia Barat.
SUMBER : BRILIO
SUMBER : ASTRO AWANI
SUMBER : MSTAR ONLINE
BY: KL Viral
Post a Comment