Peperiksaan Bagi Tahun 1, 2 Dan 3 Akan Dimansuhkan – Menteri Pendidikan
Peperiksaan Bagi Tahun 1, 2 Dan 3 Akan Dimansuhkan – Menteri Pendidikan |
Menteri Pendidikan, YB Maszlee Malik dalam satu kenyataan di laman twiternya memaklumkan bahawa peperiksaan Tahap 1 akan dimansuhkan tidak lama lagi.
”Peperiksaan bagi Tahap 1 (tahun 1, 2 dan 3) akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019,” katanya.
ARTIKEL MENARIK: Harga baru perkhidmatan Gas Petronas ke Rumah
Beliau bagaimanapun masih belum mendedahkan silibus yang bakal digunakan bagi menggantikan peperiksaan tahap 1 yang bakal dilaksanakan bermula 2019 nanti.
Keputusan untuk memansuhkan peperiksaan bagi Tahap 1 turut disambut baik oleh netizen yang rata-rata meninggalkan maklum balas positif.
Salah seorang netizen berpendapat keputusan tersebut sebagai langkah yang tepat kerana kanak-kanak pada usia tersebut tidak perlu dibebankan dengan peperiksaan, malah ada baiknya usia berkenaan ditumpukan kepada usia pembinaan sahsiah.
Manakala seorang lagi netizen memuji langkah berkenaan namun pada masa yang sama berharap penilaian baru yang lebih objektif seperti yang disembut oleh Menteri tidak terlalu memberikan beban kepada para guru.
Sumber: Siakapkeli.my
Post a Comment