Terkini. Pasukan Penyelamat Dikatakan Telah Jumpa Pesawat Lion Air Tetapi

Terkini. Pasukan Penyelamat Dikatakan Telah Jumpa Pesawat Lion Air Tetapi

Terkini. Pasukan Penyelamat Dikatakan Telah Jumpa Pesawat Lion Air Tetapi

Terkini. Pasukan Penyelamat Dikatakan Telah Jumpa Pesawat Lion Air Tetapi
Terkini. Pasukan Penyelamat Dikatakan Telah Jumpa Pesawat Lion Air Tetapi

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tragedi pesawat Lion Air yang terh3mpas di perairan Tanjung Karawang, mengesan satu objek dipercayai bangkaii pesawat itu pada Rabu.

Laporan televisyen tempatan memetik Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto sebagai berkata pasukan SAR yang menggunakan teknologi sonar mengesan objek tersebut di satu koordinat di perairan berkenaan.

ARTIKEL MENARIK: Nahas Lion Air JT610: Kebanyakan Mangsa Tersangkut Pada Kerusi Pesawat


MEREKA PERLU SELAM UNTUK BUAT PENGESAHAN

“Belum diyakini (bangkaii pesawat), saat ini (kami) telah fokus satu titik (koordinat), apa yang diduga (dipercayai) adalah bahagian JT610 (pesawat Lion Air),” katanya dipetik siaran televisyen Berita Satu.
Beliau yang turut serta dalam operasi pencarian itu berkata pasukan penyelam telah diarahkan ke lokasi berkenaan.
Pasukan penyelam kembali meneruskan operasi mencari di dalam laut.
Operasi pencarian 24 jam itu yang melibatkan anggota tentera, polis serta Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) menggunakan 35 kapal, tiga helikopter serta tiga pesawat selain pasukan penyelam.
Operasi pencarian turut menggunakan peralatan canggih seperti pemerum gema berbilang alur, sonar dan kenderaan kawalan jauh (ROV) bagi mengesan bangkaii pesawat.
Penerbangan JT610 yang membawa 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terheempas tidak lama setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada 6.20 pagi Isnin.


Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Depati Amir Pangkal Pinang pada 7.10 pagi hari sama waktu Indonesia Barat, dilaporkan terputus hubungan sebelum terhempaas. – BERNAMA

Isteri mangsa nahas Lion Air nekad bawa pulang j3nazah suami yang belum ditemui

ISTERI kepada Ahmad Endang Rokhmana datang ke Pelabuhan Tanjung Priok, utara Jakarta dari Tasikmalaya, Jawa Barat untuk mencari barang milik suaminya.
Pelabuhan Tanjung Priok merupakan lokasi penggumpulan serpihan pesawat dan mayat mangsa nahas oleh Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) sebelum dibawa ke Hospital Polis Kramatjati di Jakarta Timur.
“Saya mencari kad ID suami saya. Saya mahu melihat bukti yang ditemui Basarnas,” kata Siti Nuraini sebagaimana dipetik oleh kompas.com.
Siti Nuraini berkata dia datang bersama anak dan dua iparnya dari Tasikmalaya ke Jakarta pada Isnin.
Wanita tersebut turut pergi ke Hospital Polis Kramatjati untuk memberi maklumat bagi mengenal pasti suaminya.
Siti Nuraini ketika ditemubual pemberita.
“Saya mahu beberapa khabar tertentu secepat mungkin. Apa pun yang berlaku, saya mahu membawa suami (jenazah) saya pulang ke Tasikmalaya,” katanya.
Endang merupakan kakitangan kerajaan di Kementerian Kewangan yang berpangkalan di Pangkalpinang, Kepulauan Bangka Belitung.
Dia akan pulang ke rumah setiap dua minggu sekali untuk bersama dengan keluarganya.
Siti berkata kali terakhir dia berkomunikasi dengan suaminya pada pagi Isnin lalu sebaik sahaja dia memberitahu sudah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.
Ketua Pusat Perubatan dan Kesihatan Polis Nasional, Briged Jeneral Arthur Tampi berkata, pasukan pengecaman mangsa bencana (DVI) telah mengumpul 147 sampel DNA dan 185 data antemortem dari keluarga mangsa pada malam Selasa.
“Kami berharap keluarga dapat bersabar pada masa ini kerana sukar bagi kami untuk mengenal pasti bahagian tubuh berbanding mayat yang sempurna,” katanya.
Sumber: MSTAR ONLINE
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post