[Video] ‘Sepatutnya Saya Yang Angkat Sumpah Jadi PM’ – DS Anwar Ibrahim

[Video] ‘Sepatutnya Saya Yang Angkat Sumpah Jadi PM’ – DS Anwar Ibrahim

[Video] ‘Sepatutnya Saya Yang Angkat Sumpah Jadi PM’ – DS Anwar Ibrahim

[Video] ‘Sepatutnya Saya Yang Angkat Sumpah Jadi PM’ – DS Anwar Ibrahim
[Video] ‘Sepatutnya Saya Yang Angkat Sumpah Jadi PM’ – DS Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau cuma bergurau apabila berkata beliau sepatutnya mengangkat sumpah perdana menteri pada 10 Mei lalu, dan bukan Tun Dr Mahathir Mohamad.

*video penuh di bawah

Anwar, presiden PKR. berkata beliau hanya menjawab soalan pelajar Singapura dalam sesi dialog dua jam di Universiti Pengurusan Singapura di Kota Singa semalam.

ARTIKEL MENARIK: Ramai tanya Kenapa Najib tak dipakai baju jingga dan digari ketika dibawa ke mahkamah? Ini jawapan mengejutkan SPRM


“Saya gunakan istilah saya amat gembira dengan sokongan padu diberikan dan kita sekarang membentuk kerajaan bawah Tun Dr Mahathir. 
“Kemudian ada soalan tentang ‘perasaan peribadi kamu’… sama ada kamu yang patut jadi (perdana menteri),” katanya.
“Saya kata, sudah tentu, jika saya tidak dipenjarakan, saya akan jadi (perdana menteri) tetapi saya di penjara.

“Saya bergurau tetapi jadi tajuk berita pula,” tambahnya.
Dalam wawancara dengan media Singapura Channel News Asia, beliau dilaporkan mengaku berasa patut mengangkat sumpah perdana mennteri ketika menyaksikan Mahathir melakukannya.

Anwar yang ketika itu masih menjalani hukuman penjara, menonton upacara angkat sumpah berkenaan dari wad hospital selepas selesai melakukan pembedahan.

Sila tonton video


sumber Mkini


Rais: Anwar sebagai TPM peluang untuk betulkan kesilapan 1998

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri akan memberi peluang kedua untuk memperbetulkan keadaan dengan bekas seteru politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad.

57f7acd59f7705209c210900f4facc69.jpg


Mengulas lanjut candangan yang disuarakan di Twitter dua hari lalu, Rais berkata gandingan Mahathir-Anwar sebagai “sangat bagus” dan “sangat menyerlah”.
“Lebih baik gandingan ini dihidupkan semula…Hal-hal yang berlaku sebelum 1998 boleh disusun (dan dibetulkan) balik.
“Janji-janji yang dibuat sebelum ini dapat diserahkan (dijayakan) kepada rakyat. Pada saya gandingan Mahathir dan Anwar sangat bagus dan sangat menyerlah.
“Apa yang berlaku pada masa lalu boleh dipercantikkan dan diperelokkan sekarang,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran autobiografi Allahyarham Kassim Ahmad bertajuk Autobiografi Seorang Pemberontak di Universiti Malaya hari ini.
Rais mengulang kembali gesaannya agar isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri untuk memberi laluan kepada Anwar.
“Lebih kena kalau Anwar jadi timbalan (perdana menteri) dan Wan Azizah memilih (jalan) yang terhormat jika ada penyusunan (kabinet),” katanya yang kini menganggotai BERSATU.
Ketika kali pertama Mahathir sebagai perdana menteri, Rais berkhidmat sebagai menteri luar.

Anwar dilihat sebagai protege Mahathir ketika mula menceburi politik, namun hubungan kedua-duanya mengeruh dan beliau dipecat daripada kerajaan dan Umno pada 1998.
Peristiwa itu melahirkan gerakan Reformasi selepas Anwar mendakwa Mahathir menjatuhkannya menerusi pendakwaan liwat dan salah guna kuasa yang bermotifkan politik.

Menjelang PRU ke-14, kedua-dua musuh ketat itu berdamai dan BERSATU – parti yang diasaskan Mahathir – menyertai HARAPAN.

Mahathir dijadikan calon perdana menteri dengan persefahaman akan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar, namun tiada tempoh muktamad yang ditetapkan untuk peralihan itu.

sumber Mkini

Sumber : cegitucegini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post