Ramai tanya Kenapa Najib tak dipakai baju jingga dan digari ketika dibawa ke mahkamah? Ini jawapan mengejutkan SPRM

Ramai tanya Kenapa Najib tak dipakai baju jingga dan digari ketika dibawa ke mahkamah? Ini jawapan mengejutkan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan wujud layanan istimewa yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak apabila bekas perdana menteri itu tidak dipakaikan baju jingga dan digari ketika dibawa ke mahkamah.

Ramai tanya Kenapa Najib tak dipakai baju jingga dan digari ketika dibawa ke mahkamah? Ini jawapan mengejutkan SPRM
Ramai tanya Kenapa Najib tak dipakai baju jingga dan digari ketika dibawa ke mahkamah? Ini jawapan mengejutkan SPRM

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki pada Sabtu berkata pemakaian baju jingga dan gari adalah bergantung kepada budi bicara pegawai pengendali dan keperluan kes.

“Datuk Seri Najib bukan satu-satunya kes yang kita kendali di mana yang ditahan tidak dipakaikan baju oren dan tidak digari. Sebelum ini pun sudah ada.

“Biasanya, pegawai yang mengendalikan akan melihat jika ada orang yang ditahan itu boleh membawa kemudaratan seperti melarikan diri atau membuat kecoh, maka dia perlu digari dan dipakaikan baju jingga itu,” jelas Azam.

ARTIKEL MENARIK: Nazri Aziz Ibarat 'Hantu Raya' Cari Tuan Baharu


Beliau berkata demikian ketika ditemu ramah dalam program SPRM 360 di Bernama Radio, hari ini.

Maksud Disebalik Warna Baju Banduan Malaysia


Image result for WARNA BAJU LOKAP


Sebut sahaja banduan, mesti kita akan berasa takut dan cuak. Tahukah anda setiap banduan ada warna baju tersendiri? Baju itu bermaksud peringkat hukuman dan berdasarkan jenayah/kesalahan yang mereka lakukan.

UNGU

Baju ungu adalah untuk tahanan reman. Orang Kena Tuduh (OKT) yang sedang menjalani proses perbicaraan mahkamah. Selagi hukuman tidak diputuskan, mereka akan kekal direman kecuali jika dijamin. Ada juga penghuni yang tiada peruntukan jaminan atas pendakwaan kes-kes yang berat dimahkamah.

PUTIH

Baju dan seluar putih diperuntukkan kepada banduan yang menjalani hukuman singkat dibawah tempoh 6 bulan atas pelbagai kesalahan yang disabitkan oleh mahkamah. Mereka perlu mengikuti program kesedaran dan pemulihan yang dilaksanakan oleh Jabatan Penjara Malaysia sebelum dibebaskan.

MERAH

Bagi penghuni penjara yang menjalani hukuman lama (6 bulan ke atas), merah adalah warna baju peringkat pertama. Ia juga disebut peringkat ‘kolar merah’. Mereka perlu memakainya selama tempoh 3 bulan dan mengikuti program pemulihan yang dinamakan Program Permodalan Insan (PPI). Ia bermula dengan Fasa Orientasi dan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum ke Fasa yang seterusnya.

HIJAU

‘Kolar hijau’ adalah peringkat kedua yang akan dipakai selepas 3 bulan sehingga 18 bulan (1 tahun, 6 bulan) menghuni penjara. Kebanyakan mereka menjalani program (PPI) Fasa 2. Ia adalah Fasa Pengukuhan Sahsiah yang mengandungi 2 bahagian pembelajaran dinamakan ‘Halaqah’ untuk agama dan ‘Therapeutic Community’ untuk terapi kemasyarakatan.

BIRU

Peringkat ‘kolar biru’ pula adalah mereka yang telah menghuni lebih 18 bulan. Dikalangan ‘kolar biru’ ini adalah mereka yang menjalani hukuman lama termasuk ‘banduan seumur hidup’ dan ‘banduan hayat’. Mereka telah menghabiskan fasa pembelajaran PPI dan layak untuk bekerja di bengkel-bengkel yang disediakan di dalam penjara.


HIJAU FLORESCENT

Peringkat ‘hijau terang’ atau ‘hijau florescent’ merujuk kepada banduan ‘Pra-Bebas’. Mereka asalnya memakai baju merah, hijau atau biru. Mereka terdiri daripada penghuni yang mempunyai baki hukuman kurang 3 bulan sebelum dibebaskan dan dipilih bekerja di kawasan luar persekitaran penjara dibawah seliaan pegawai penjara. Banduan yang bekerja dibawah Program Pemulihan Pemasyarakatan juga memakai warna baju yang sama.

PUTIH DENGAN KOLAR DAN LENGAN MERAH

Tidak keterlaluan untuk aku dikatakan bahawa peringkat baju ini amat digeruni semua. Mereka yang memakainya dikategorikan sebagai ‘banduan akhir’ (BA). Mereka adalah penghuni yang sedang dalam proses sama ada untuk menjalani hukuman gantung atau menunggu keputusan rayuan Mahkamah Agong agar dikurangkan ‘hukuman mati’ kepada ‘hukuman hayat’.

OREN

Belum dikategori banduan. Ia baju lokap polis dan masih dibawah tahanan polis sepenuhnya. (OKT)

2db2c473eb86a59ef3f205bc47858805.jpg


Cerita Penghuni Penjara


Pasti ada diantara anda yang terlibat dalam bidang koreksional kepenjaraan, pernah mendengar dari penghuni atau bekas penghuni penjara yang lebih kurang berbunyi… “Belum sampai biru dah bebas, tapi cerita mengalahkan orang hayat… agak-agaklah… syukur tak jadi BA…“. Apa sebenar yang dimaksudkan itu?… fikir-fikirkanlah…

Pelbagai pengalaman aku temui sepanjang terlibat sebagai sukarelawan koreksional, Jabatan Penjara Malaysia. Kisah penghuni dan bekas penghuni penjara… ada yang dihukum kurang dari setahun tetapi bercerita mengalahkan penghuni hukuman hayat. Ada yang menjalani hukuman yang agak lama tetapi terpaksa menerima dengan tenang dan tabah.

Namun apa yang cukup terkesan ialah bila melihat semangat kebanyakan yang dibebaskan dalam usaha mereka meneruskan haluan kehidupan ke arah yang bermanfaat dan diberkati… Semoga Allah sentiasa memudahkan hasrat murni mereka… aamiin.

Updated: Jawapan dari pertanyaan ramai berkenaan status Baju Oren.

– Baju Oren belum dikategori banduan atau banduan reman. Ia baju lokap polis dan masih dibawah tahanan polis sepenuhnya untuk penahanan siasatan atau ditahan sebelum didakwa ke mahkamah.

Semuanya menjadi pengajaran yang patut dijadikan iktibar dan peringatan untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat… in shaa Allah.

sumber: astroawani, khirkhalid.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post