SHAH ALAM - Seorang pekerja kilang maut dipanah petir berhampiran Plaza Tol Kemuning, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) di sini, semalam.
Maut Dipanah Petir Atas Motosikal Ketika Pulang Dari Kerja |
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang semalam, mangsa, Wan Mohamad Rusdi Wan Rusli, 28, sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Telok Panglima Garang, Banting dengan menunggang motosikal selepas habis bekerja di sebuah kilang di Seksyen 26, di sini.
ARTIKEL MENARIK: BAM Akhirnya sahkan jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei menghidap kanser. Ini peringkat kanser tersebut yang mengejutkan peminat
Beliau berkata siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah di lokasi dan kecederaan parah yang dialami mangsa dipercayai akibat panahan petir menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - Bernama
Post a Comment