Tanah Rizab Melayu tinggal 12 peratus – Hanif Omar

Tanah Rizab Melayu tinggal 12 peratus – Hanif Omar

Hanya tinggal 12 peratus sahaja Tanah Rizab Melayu (TRM) di seluruh negara ketika ini berbanding 50 peratus yang diperuntukkan kepada orang Melayu sebelum ini, kata Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM) Tun Hanif Omar.

Tanah Rizab Melayu tinggal 12 peratus – Hanif Omar
Tanah Rizab Melayu tinggal 12 peratus – Hanif Omar

Beliau berkata peratusan itu diperolehi hasil siasatan Biro Integriti MPM yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Zaman Khan.

Menurut Hanif, penyusutan itu berlaku apabila ada pihak yang mengambil TRM untuk membuat pembangunan seperti jalan raya, namun tidak menggantikannya semula.

“Jika ada penggantian, tuan tanah sendiri berpakat dengan pegawai terlibat tidak mahu tanah itu dijadikan TRM kerana tanah ini tidak boleh dijual kepada kaum lain, tetapi jika jual kepada orang Melayu harganya akan menjadi murah,” katanya kepada pemberita.

ARTIKEL MENARIK: Anwar dedah dapat bukti Shafee terima wang RM9.5 juta daripada Najib


Beliau ditemui selepas menjadi panel Konvensyen Karamah Bangsa anjuran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) di universiti itu di Shah Alam, hari ini.

Sehubungan itu, Hanif yang juga bekas ketua polis negara berkata pihaknya akan mengaturkan pertemuan dengan kerajaan dan Majlis Raja-Raja bagi membincangkan perkara itu seterusnya mencari jalan penyelesaian yang terbaik.


Konvensyen Karamah Bangsa menghimpunkan tokoh ilmuan serta pemikir Melayu bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai sejarah penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UiTM.


Selain itu, ia bertujuan menanam semangat kecintaan serta rasa bangga generasi muda terhadap kedua-dua institusi tersebut yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

Turut menjadi panel pada konvensyen sehari itu ialah pengamal undang-undang Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pro Canselor UiTM Tan Sri Arshad Ayub, manakala penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling bertindak selaku moderator.

– Bernama

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post