KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pasukan peguamnya sudah menyerahkan afidavit yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, kepadanya.
Anwar dedah dapat bukti Shafee terima wang RM9.5 juta daripada Najib |
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini, Anwar berkata pembayaran sebanyak RM9.5 juta itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antara September 2013 sehingga Februari 2014.
“Umum mengetahui bahawa Muhammad Shafee bertindak sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan terhadap pembebasan saya bermula Julai 2013 sehingga selesai di Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015.
ARTIKEL MENARIK: Kenapa Najib Galak Sangat Minta Disiasat? – Rafidah
“Saya mengulangi bahawa Muhammad Shafee tidak sepatutnya dibenarkan bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan itu. Pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi Peguam Negara dan lebih ganjil lagi yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib,” katanya.
Anwar berkata, Muhammad Shafee sendiri menjadi saksi kejadian konspirasi terhadapnya yang berlaku dalam kehadiran Najib dan membuatkan kedua-dua mereka berkemungkinan menjadi saksi.
“Apabila Muhammad Shafee menerima RM 9.5 juta dari akaun peribadi Najib sewaktu beliau bertugas sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes saya, ia menghancurkan kredibiliti beliau sebagai seorang ejen Jabatan Peguam Negara yang tidak berat sebelah.
“Afidavit itu sedang disebar secara meluas. Saya percaya dalam Malaysia Baharu ini kita tidak boleh berkompromi dalam komitmen kita terhadap kedaulatan undang-undang dan mengembalikan kredibiliti institusi kehakiman serta para peguam,” katanya.
Menurutnya, salah guna kuasa seperti itu tidak patut dibenarkan berterusan, dan mesti ada pihak yang bertanggungjawab.
“Saya gesa pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga institusi kita mempertimbang langkah-langkah memperbetul keadaan supaya rakyat Malaysia, malah juga dunia yakin terhadap integriti sistem perundangan kita,” katanya.
Sumber: BH
Post a Comment