Orang Terengganu bijak sebab makan ikan… setuju?
Orang Terengganu bijak sebab makan ikan… setuju? |
KUALA TERENGGANU – Pengambilan makanan yang seimbang dan mengandungi protein tinggi daripada sumber ikan dilihat mampu merangsang minda, sekali gus dilihat antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian cemerlang dalam akademik pelajar di Terengganu.
Timbalan Pengarah (Penyelidikan dan Penerbitan) Pusat Pengurusan Penyelidikan Inovasi dan Pengkomersilan (RMIC), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Aryati Ahmad berkata, meskipun belum dibuktikan secara saintifik, namun berdasarkan teori awal dan analisa tidak langsung, corak pemakanan merupakan antara penyumbang kepada kecerdasan minda seseorang.
ARTIKEL MENARIK: Jangan Jemur baju Waktu Malam , Ustaz ini dedahkan perkara yang tak pernah wanita tahu!!
Dr Aryati Ahmad
“Sumber ikan yang tinggi protein ini juga menjadikan sumber utama asid lemak omega tiga yang membantu dalam perkembangan otak dan penglihatan yang baik. Ikan-ikan yang dimaksudkan mempunyai protein dan asid lemak tidak tepu yang berkhasiat tinggi ini terdiri daripada ikan-ikan di laut dalam seperti tuna, salmon serta sebagainya.
“Tetapi, bagi kebanyakan rakyat Terengganu ikan tongkol atau ikan aya yang sering menjadi hidangan harian juga tergolong dalam spesies ikan di laut dalam serta turut mengandungi protein yang tinggi,” katanya.
Ikan tongkol kaya dengan protein
“Dari segi perkembangan otak, corak pemakanan juga turut mempengaruhi minda dengan mengubah bahan kimia tertentu dalam tubuh seperti hormon termasuk serotonin, dopamin, adrenalin dan epinephrin yang mana ada kaitan dengan keupayaan neutron dan neurotransmitter dalam otak seseorang,” katanya.
Jelasnya lagi, beliau bersama pasukannya akan menjalankan kajian terperinci bagi memperoleh dapatan yang konkrit berkenaan hubungan corak pemakanan masyarakat di negeri itu dengan perkembangan anak-anak mereka terutamanya daripada segi perkembangan otak.
“Sekiranya tiada sebarang halangan, saya bersama ahli kumpulan akan menjalankan kajian berhubung kaitan protein ikan dalam mempengaruhi perkembangan otak pelajar di Terengganu selewat-lewatnya hujung tahun ini.
“Dengan mengumpul data-data seperti mengambil contoh daripada pelajar pintar dan lemah untuk membuat perbandingan bagi tujuan perancangan intervensi pemakanan pelajar. Jadi hasil dapatan yang diperoleh daripada data itu, kita akan dikumpulkan untuk mendapatkan keputusan secara konkrit melalui kajian saintifik ini,” katanya.
Katanya lagi, sebelum ini analisa awal telah dilakukan, namun pengumpulan data terkini masih belum selesai.
Kredit : Wowberita
Post a Comment