Polis serbu rumah ibu Najib, pulang tangan kosong
Polis serbu rumah ibu Najib, pulang tangan kosong |
Polis menyerbu kediaman ibu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Rahah Mohammad Noah di Jalan Eaton, Kualan Lumpur, petang tadi.
* Vide sekadar hiasan. Artikel penuh dibawah
Sumber polis berkata serbuan yang melibatkan 14 anggota itu dibuat kira-kira pada pukul empat petang – kira-kira waktu yang sama Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Difahamkan polis turut memeriksa di sebalik siling rumah untuk melihat jika ada wang tunai yang disembunyikan, tetapi pulang dengan tangan kosong.
ARTIKEL MENARIK: ‘Jangan Malu Tun, K’jaan Anda Yang Nak Tangguh Bayar PTPTN’ – Komen ‘Sinis’ KJ Terhadap Tun M
Mengulas serbuan itu, ketua peguam Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata: “Ya, kejam bagi mereka untuk takutkan wanita itu dan tak jumpa apa-apa pun di rumahnya.”
Serbuan itu di saat Najib berdepan 25 pertuduhan di mahkamah berkenaan dakwaan penglibatannya dalam skandal 1MDB.
Najib tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan bagi empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) – Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
Ia berhubung wang berjumlah RM2.6 bilion yang ditemui dalam akaun peribadi Ambanknya, yang didakwa pihak berkuasa diselewengkan daripada 1MDB. Najib bagaimanapun berulangkali mengatakan ia sumbangan keluarga diraja Arab Saudi.
Sebelum ini beliau turut dihadapkan dengan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa, berhubung RM42 juta yang ditemui dalam akaun peribadinya daripada bekas subsidiari 1MDB, SRC International.
Sarawak Report sebelum ini melaporkan Najib membayar RM17 juta kepada Yayasan Rahah Foundation – yang diasaskan ibunya – dengan wang yang didakwa berasal daripada 1MDB.
Sumber: mkini
Nooryana Najib: Polis serbu rumah ahli keluarga Najib, dan arah pembantu rumah sediakan makanan
1. Rumah salah seorang ahli keluarga Dato’ Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah digeledah oleh pihak PDRM selama lebih 10 jam dan barang – barang peribadi seperti hadiah kahwin, barang hantaran, beg tangan dan sebagainya telah dirampas.
2. Malah kasut – kasut bayi kepunyaan cucu kepada Dato’ Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak juga turut dirampas oleh pihak berkuasa.
3. Bukan itu sahaja, pembantu rumah di rumah tersebut juga dilaporkan disuruh oleh pihak yang membuat serbuan untuk menyediakan makanan untuk beberapa orang pihak berkuasa. Malah makanan di dalam rumah tersebut habis dimakan oleh pihak polis semasa serbuan.
4. Apa yang pelik tentang serbuan dan rampasan yang dilakukan pada lewat malam semalam adalah komputer dekstop dan komputer riba di dalam rumah tersebut tidak pula diambil, ini menimbulkan tanda tanya sama ada serbuan tersebut benar-benar untuk mencari bukti 1MDB atau ada agenda lain.
6. Walaupun pihak polis membuat kenyataan bahawa serbuan dilakukan dengan professional, namun realiti sebenar adalah berlainan, seperti yang berlaku di atas. Mungkin ini adalah cubaan untuk menakut-nakutkan dan mengaibkan mantan Perdana Menteri Malaysia tersebut dan ahli keluarga beliau.
7. Seperti orang lain, Datuk Seri Najib adalah manusia biasa yang tidak sempurna. Namun beliau dan keluarga beliau sejak dari zaman ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak dan ibunda beliau Tun Rahah telah banyak berjasa kepada negara, tanahair dan rakyat selama berdekad lamanya. Apakah kerana geram dan dendam semua ini dilupa dan beliau kini dicerca dan dihina?
8. Marilah kita berdoa dalam bulan Ramadan yang mulia ini supaya Allah SWT melindungi orang-orang yang teraniaya.
Kredit : Express Viral
Post a Comment