Sebaik melangkah keluar dari SPRM, Ini peringatan Najib kepada Tok Pa dan ahli UMNO lain

Sebaik melangkah keluar dari SPRM, Ini peringatan Najib kepada Tok Pa dan ahli UMNO lain

Sebaik melangkah keluar dari SPRM, Ini peringatan Najib kepada Tok Pa dan ahli UMNO lain

Sebaik melangkah keluar dari SPRM, Ini peringatan Najib kepada Tok Pa dan ahli UMNO lain
Sebaik melangkah keluar dari SPRM, Ini peringatan Najib kepada Tok Pa dan ahli UMNO lain

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menggesa pemimpin Umno supaya terus setia dan tidak meninggalkan perjuangan disaat parti diuji.

Bekas presiden Umno itu berkata seluruh pemimpin parti itu perlu berani menghadapi ujian ini jika mahu mengembalikan kepercayaan rakyat.

“Dalam perjuangan ini kita kena hadapi saat-saat yang getir seperti ini sebab parti memerlukan kesetiaan kita.

ARTIKEL MENARIK: Polis serbu rumah ibu Najib, pulang tangan kosong


“Parti perlukan komitmen kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadapi 25 pertuduhan berkaitan dana 1MDB di kompleks mahkamah Jalan Duta hari ini.

Diminta mengulas pemergian Datuk Seri Mustapa Mohamed dari parti itu, Najib berkata dia perlu menghubungi Ahli Parlimen Jeli itu sebelum memberikan apa-apa komen.

“Bila beliau cerita hal sebenar baru saya boleh buat kenyataan lanjut,” katanya.

Mustapa kelmarin mengumumkan dia meninggalkan Umno selepas 40 tahun bersama parti kerana hala tuju parti itu tidak lagi selari dengan prinsipnya.

Mustapa berkata dia tidak melihat tidak ada banyak usaha yang meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula.

Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa hari ini mendedahkan bekas pemimpin kanan Umno itu disiasat polis sebelum keluar parti.

Annuar juga berkata Mustapa disiasat sejak 10 hari lalu namun enggan mendedahkan sebab siasatan itu.

“Apa yang saya boleh sahkan adalah Umno Kelantan termasuk Mustapa disiasat dan disoal selama beberapa hari berhubung sejumlah dana yang beliau terima,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno hari ini.


“Namun saya tidak boleh katakan itu sebabnya dia keluar. Tidak semestinya. Tidak berani saya kata,” katanya.


Sumber: FMT

Tok Pa: Saya hanya hadir bantu siasatan polis berhubung dana Umno K’tan



Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan dakwaan bahawa beliau disiasat polis seperti didakwa Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya kata Mustapa beliau hanya hadir bagi membantu siasatan berkaitan dana yang diterima Badan Perhubungan Umno Kelantan yang disyaki daripada dana 1MDB.

“Saya ingin menjelaskan dakwaan YB Tan Sri Annuar Musa bahawa saya dan beberapa wakil Badan Perhubungan Umno Kelantan telah dipanggil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai dana yang diterima Badan Perhubungan Umno Kelantan yang disyaki ada kaitan dengan 1MDB.

“Saya hadir membantu siasatan tersebut atas kapasiti sebagai bekas Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Annuar hari ini mendakwa Mustapa disiasat polis seminggu sebelum beliau membuat pengumuman untuk keluar Umno.

Annuar juga mendakwa selain anggota Parlimen Jeli itu, turut disiasat ialah dua lagi pemimpin Umno Kelantan.

“Saya boleh sahkan Umno Kelantan termasuk Tok Pa (Mustapa) disiasat polis 10 hari lalu.
“Beliau terima sejumlah dana yang agak besar dan ia disiasat oleh PDRM,” kata Annuar dalam sidang media di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Mustapa, pihak polis telah melakukan tugas mereka dengan profesional dan beliau sedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa itu untuk melakukan siasatan.

“Saya menghormati keluhuran undang-undang. Walaupun tidak lagi bersama Umno, saya akan terus memberi kerjasama sepenuhnya dalam hal ini sekiranya diperlukan,” katanya.

Mustapa pada 18 Sept lalu mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan keluar Umno dan meletakkan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti itu.

Bekas menteri perdagangan, antarabangsa dan industri itu berkata beliau membuat keputusan itu kerana berpendapat hala tuju Umno kini tidak lagi selari dengan prinsip perjuangan beliau.

Sumber: mkini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post