‘Jangan Malu Tun, K’jaan Anda Yang Nak Tangguh Bayar PTPTN’ – Komen ‘Sinis’ KJ Terhadap Tun M
‘Jangan Malu Tun, K’jaan Anda Yang Nak Tangguh Bayar PTPTN’ – Komen ‘Sinis’ KJ Terhadap Tun M |
Khairy Jamaluddin menegur Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataannya bahawa beliau malu dengan sikap sesetengah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak membayar hutang mereka.
*video sekadar hiasan. Artikel penuh di bawah
Beliau berkata Mahathir tidak perlu malu memandangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) sendiri yang membenarkan mereka membuat penangguhan pembayaran.
ARTIKEL MENARIK: Mahkamah Benarkan Najib Diikat Jamin Sebanyak RM3.5 Juta
“Jangan malu, Tun…Siapa yang keluarkan mereka daripada senarai hitam? Siapa yang janji mereka hanya perlu bayar selepas gaji mencapai Rm4,000 sebulan?” soalnya di Twitter, hari ini.
Beliau turut bertanya Mahathir jika mempunyai cadangan untuk meningkatkan balik pembayaran hutan pelajaran itu.
Khairy merujuk janji kerajaan HARAPAN untuk menangguhkan pembayaran semula PTPTN kepada semua graduan yang bergaji kurang RM4,000.
Twit KJ di twitter
Siapa yang keluarkan mereka dari senarai hitam? Siapa yang janji mereka hanya perlu bayar selepas gaji bulanan mencapai RM4 ribu sebulan?
Apa cadangan @chedetofficial untuk meningkatkan pembayaran balik hutang PTPTN? https://t.co/eU654VT6u0
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) September 20, 2018
“Siapa yang keluarkan mereka dari senarai hitam? Siapa yang janji mereka hanya perlu bayar selepas gaji bulanan mencapai RM4 ribu sebulan? ”
“Apa cadangan @chedetofficial untuk meningkatkan pembayaran balik hutang PTPTN?”
Janji itu belum dilaksanakan namun kerajaan telah membuang nama-nama mereka yang tidak membayar hutang daripada senarai hitam imigresen.
Menurut laporan, hutang PTPTN yang tidak berbayar berjumlah kira-kira RM36 bilion.
Pagi tadi Mahathir menyatakan perasaan malunya dengan peminjam PTPTN yang sudah mempunyai pendapatan sendiri tetapi tidak membayar hutang tersebut.
“Saya berasa malu, tapi mereka tidak!” katanya dalam program bersama pelajar dan kakitangan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Khairy yang juga anggota parlimen Rembau sememangnya menentang janji HARAPAN berhubung hutang PTPTN atas sebab bimbang kerajaan mungkin perlu meminjam untuk memberi dana kepada PTPTN ekoran kutipan hutang yang rendah.
sumber Mkini
PM malu peminjam PTPTN tak amanah
Perdana menteri hari ini menegur sikap sesetengah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang culas membayar semula hutang pengajian mereka.
Bercakap di Kuala Lumpur hari ini Dr Mahathir berkata beliau sendiri berasa malu dengan sikap peminjam terbabit kerana selepas memperoleh pendapatan sendiri, mereka tidak berasa perlu membayar hutang berkenaan.
“Saya berasa malu, tapi mereka tidak!” katanya semasa menyampaikan syarahan di depan penuntut dan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini.
PTPTN ialah sebuah badan yang ditubuhkan dengan tujuan utama untuk menguruskan pembiayaan dan pinjaman kepada penuntut institusi pengajian tinggi di negara ini.
Ia ditubuhkan pada 1 Jul 1997 dan beroperasi kira-kira tiga bulan kemudian.
Bagaimanapun isu PTPTN menjadi perhatian kerana sesetengah peminjam gagal menjelaskan hutang masing-masing kerana masih menganggur atau belum mendapat pekerjaan yang stabil.
Pada masa sama ada juga peminjam yang masih enggan menjelaskan bayaran sepatutnya walaupun selepas mendapat pekerjaan yang baik.
Mereka tak amanah
Kata Dr Mahathir kegagalan peminjam menjelaskan hutang masing-masing menyebabkan PTPTN menanggung beban sebanyak RM36 bilion.
Menurut beliau PTPTN ditubuhkan bagi membantu penuntut yang tidak ada kemampuan dari segi kewangan supaya mereka boleh belajar lebih tinggi.
“Justeru mereka pergi belajar di universiti dengan biasiswa atau pinjaman diberikan.
“Malangnya apabila kembali (menamatkan pengajian), mereka tidak mahu membayar semula hutang. Kita sudah ada hutang terkumpul sebanyak RM36 bilion,” katanya.
Menurut perdana menteri sikap sebegitu menunjukkan seseorang itu tidak boleh dipercayai dan hanya akan memberikan persepsi negatif kepada orang lain.
“Dan apabila ini terjadi, ia tidak terhad kepada orang tertentu atau bangsa tertentu.
“Jadi ia bukan hanya mengenai anda tetapi orang lain pun terjejas kerana anda (bersikap) tidak boleh dipercayai,” katanya.
Menurut beliau, kalau seseorang itu memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan sepatutnya tidak ada banyak masalah untuk mereka memperuntukkan RM100 bagi menjelaskan hutang PTPTN.
“Tapi mereka masih tak mahu bayar, mengapa? Sebab mereka tak amanah, mereka tak boleh dipercayai,” katanya.
sumber Mkini
Post a Comment