Pengurus Stesen Minyak akhirnya buka mulut dedah perkara sebenar kes dengan Lando buat ramai terkejut

Pengurus Stesen Minyak akhirnya buka mulut dedah perkara sebenar kes dengan Lando buat ramai terkejut

Pengurus Stesen Minyak akhirnya buka mulut dedah perkara sebenar kes dengan Lando buat ramai terkejut

Pengurus Stesen Minyak akhirnya buka mulut dedah perkara sebenar kes dengan Lando buat ramai terkejut
Pengurus Stesen Minyak akhirnya buka mulut dedah perkara sebenar kes dengan Lando buat ramai terkejut

PETALING JAYA: Pengurus stesen minyak Petron Setia Alam, William Tsang akhirnya tampil menjelaskan tuduhan yang dilemparkan terhadap pekerjanya, Loius adalah tidak benar.Menurut William, Loius tidak mempunyai niat untuk mencederakan Pengasas Brotherhood, Lando Zawawi, 34, seperti yang didakwanya menerusi panggilan telefon bersama mStar Online pada Isnin.

“Loius hanya memegang pemadam api berkenaan sebagai persediaan awal sekiranya berlaku kebakaran di stesen minyak berkenaan malah pin keselamatan juga tidak dibuka.

ARTIKEL MENARIK: Penyakit Kanser Yang Dihidapi Oleh Elyana Dipersoal Netizen


“Jika diteliti paparan CCTV yang tersebar itu, alat pemadam api berkenaan diletakkan di atas lantai sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kejadian tidak diingini berlaku.

“Dakwaan Loius telah mengacukan alat pemadam api ke muka pelanggan (Lando) juga palsu! katanya kepada mStar Online, Selasa.

Selain itu, William turut menafikan dakwaan Lando yang menyatakan dia hanya merokok sebaik berada di dalam kenderaannya dengan tingkap tertutup rapat.William berkata, terdapat beberapa pelanggan dan pekerja yang menyasikan kejadian itu memberitahu dia merokok sambil tangannya keluar dari tingkap kereta berkenaan malah naik berang selepas ditegur.

“Banyak tuduhan yang dibuat Lando bertentangan dengan kenyataan beberapa saksi kejadian.

“Lando memberitahu dia merokok ketika tingkap kenderaannya ditutup rapat sedangkan ianya tidak benar!

“Sekali pun dia berada di dalam kereta ketika itu, serbuk pemadam api itu bukanlah ancaman terhadapnya kerana ia tidak boleh menembusi cermin tingkap,” katanya sinis.


Merokok dan penggunaan telefon bimbit adalah dilarang keras ketika berada di dimana-mana stesen minyak di negara ini.Menurut William, tanda amaran merokok juga ada dilekatkan pada setiap pam dan Lando secara jelasnya telah melanggar Peraturan Kawalan Tembakau (Pindaan) 2017 yang menetapkan bahawa merokok dilarang sama sekali di mana-mana stesen minyak.

“Saya tidak akan berkompromi soal keselamatan. Tindakannya itu telah menyebabkan semua pelanggan dan pekerja berada dalam bahaya.

“Saya akan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan,” katanya.

Sabtu lalu, kecoh di media sosial mengenai insiden seorang aktivis berang selepas ditegur seorang pekerja asing gara-gara merokok di sebuah stesen minyak di Setia 
Alam.Tindakannya itu turut mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan perkara itu sebagai biadab dan tidak bertanggungjawab.

Sumber: Mstar


LANDO SEKOLAHKAN PEKERJA WARGA ASING DI PETRON KERANA PEKERJA ITU KURANG AJAR. INI SEBAB KENAPA PEKERJA PETRON ITU BERANI BIADAP DENGAN LANDO

lando1-562x381-1.jpg


Terdahulu, Lando Zawawi Vrus atau nama sebenar beliau Azlan Sani Zawawi yang merupakan pengasas Brotherhood adalah kumpulan aktivist di mana mereka akan memastikan hak pengguna jalan raya terpelihara. Fokus mereka adalah memastikan jalan raya dalam keadaan selamat terutama jika jalan itu berlubang.

Lando Zawawi memang nama yang tidak asing sebab beliau seorang yang bersuara lantang apabila ada pihak pihak tertentu tidak membuat kerja mereka untuk membaiki jalan dengan betul. Pengikut beliau di dalam Brotherhood memang ramai dan kebanyakkannya menyertai usaha Lando untuk keselamatan jalan raya. Sebab itu di kebanyakkan negeri dalam Malaysia ada wakil Brotherhood.

Kenapa Bangla Ini Di Marahi Oleh Lando?

Satu kejadian yang Lando sendiri tidak duga ketika beliau selesai mengisi minyak di stesen minyak Petron, Setia Alam. Menurut apa yang beliau jelaskan, ketika beliau selesai mengisi minyak dan masuk ke dalam kereta. Sebelum Lando ingin meneruskan perjalanan, dia berniat untuk menyalakan rokok beliau di dalam kereta tetapi ketika itu dia masih di dalam perkarangan stesen minyak Petron Setia Alam.

Pekerja Petron iaitu seorang warga asing perasan dari luar bahawa lando sedang menyalakan rokok dan dia bertindak agresif dengan menjerit di luar kereta Lando. Apa yang mengejutkan Lando adalah pekerja itu mengangkat pemadam api serta menarik picu keselamatan dan berkata akan menyembur ke arah Lando sebab dia membakar rokok di kawasan Petron walaupun dalam kereta.

Video Rakaman CCTV

Pekerja Petron Minta Maaf

Susulan kejadian itu, Lando buat keputusan untuk berjumpa dengan pekerja warga asing yang cuba mengugut Lando menggunakan alat pemadam api. Lando jelaskan bahawa apa yang dia buat tidak salah kerana walaupun dia berada dalam perkarangan Petron, dia menyalakan rokok di dalam kereta bukan di luar kereta dan niat dia nyalakan rokok sebab dia akan terus beredar.

Video di bawah menunjukkan Lando jelaskan perkara sebenar dan meminta pekerja warga asing itu meminta maaf atas tindakan yang agak kurang ajar dan merbahaya sebab niat pekerja itu untuk menyembur pemadam api kepada lando.

Netizen Tidak Bersetuju Dengan Lando

Kes kali ini nampak seperti tidak memihak kepada Lando. Ramai netizen tidak bersetuju dengan apa yang dia buat kerana pekerja warga asing itu hanya menjalankan tugas sebab Lando membakar rokok di dalam kawasan Petron dan ianya dilarang. Lando tetap dengan pendirian dia dan menganggap netizen yang menyokong pekerja warga asing tidak paham cerita sebenar.

Lando menegaskan bahawa dia tidak membakar api rokok di luar kereta dan punca utama lando memarahi pekerja petron adalah tindakan kasar warga asing itu sebab niat dia untuk menyembur lando dengan pemadam api.

ARTIKAL BERKAITAN :
Lando Sekolahkan Pekerja Warga Asing Di Petron Kerana Pekerja Itu Kurang Ajar. Ini Sebab Kenapa Pekerja Petron Itu Berani Biadap Dengan Lando


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post