Lando Sekolahkan Pekerja Warga Asing Di Petron Kerana Pekerja Itu Kurang Ajar. Ini Sebab Kenapa Pekerja Petron Itu Berani Biadap Dengan Lando

Lando Zawawi Vrus atau nama sebenar beliau Azlan Sani Zawawi yang merupakan pengasas Brotherhood adalah kumpulan aktivist di mana mereka akan memastikan hak pengguna jalan raya terpelihara. Fokus mereka adalah memastikan jalan raya dalam keadaan selamat terutama jika jalan itu berlubang.

Lando Zawawi memang nama yang tidak asing sebab beliau seorang yang bersuara lantang apabila ada pihak pihak tertentu tidak membuat kerja mereka untuk membaiki jalan dengan betul. Pengikut beliau di dalam Brotherhood memang ramai dan kebanyakkannya menyertai usaha Lando untuk keselamatan jalan raya. Sebab itu di kebanyakkan negeri dalam Malaysia ada wakil Brotherhood.

ARTIKEL MENARIK: Terkejut Rosyam Nor Hanya Kerana Ayam RM0.88sen Seekor. Rosyam Nor Memohon Maaf Kerana Ini

Kenapa Bangla Ini Di Marahi Oleh Lando?

Satu kejadian yang Lando sendiri tidak duga ketika beliau selesai mengisi minyak di stesen minyak Petron, Setia Alam. Menurut apa yang beliau jelaskan, ketika beliau selesai mengisi minyak dan masuk ke dalam kereta. Sebelum Lando ingin meneruskan perjalanan, dia berniat untuk menyalakan rokok beliau di dalam kereta tetapi ketika itu dia masih di dalam perkarangan stesen minyak Petron Setia Alam.

Pekerja Petron iaitu seorang warga asing perasan dari luar bahawa lando sedang menyalakan rokok dan dia bertindak agresif dengan menjerit di luar kereta Lando. Apa yang mengejutkan Lando adalah pekerja itu mengangkat pemadam api serta menarik picu keselamatan dan berkata akan menyembur ke arah Lando sebab dia membakar rokok di kawasan Petron walaupun dalam kereta.

Video Rakaman CCTV

Pekerja Petron Minta Maaf

Susulan kejadian itu, Lando buat keputusan untuk berjumpa dengan pekerja warga asing yang cuba mengugut Lando menggunakan alat pemadam api. Lando jelaskan bahawa apa yang dia buat tidak salah kerana walaupun dia berada dalam perkarangan Petron, dia menyalakan rokok di dalam kereta bukan di luar kereta dan niat dia nyalakan rokok sebab dia akan terus beredar.

Video di bawah menunjukkan Lando jelaskan perkara sebenar dan meminta pekerja warga asing itu meminta maaf atas tindakan yang agak kurang ajar dan merbahaya sebab niat pekerja itu untuk menyembur pemadam api kepada lando.

Netizen Tidak Bersetuju Dengan Lando

Kes kali ini nampak seperti tidak memihak kepada Lando. Ramai netizen tidak bersetuju dengan apa yang dia buat kerana pekerja warga asing itu hanya menjalankan tugas sebab Lando membakar rokok di dalam kawasan Petron dan ianya dilarang. Lando tetap dengan pendirian dia dan menganggap netizen yang menyokong pekerja warga asing tidak paham cerita sebenar.

Lando menegaskan bahawa dia tidak membakar api rokok di luar kereta dan punca utama lando memarahi pekerja petron adalah tindakan kasar warga asing itu sebab niat dia untuk menyembur lando dengan pemadam api.

Sumber dan kredit : KUALALUMPUR VIRAL

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post