Penyakit Kanser Yang Dihidapi Oleh Elyana Dipersoal Netizen

Penyakit Kanser Yang Dihidapi Oleh Elyana Dipersoal Netizen

Bukan semua orang diberikan kesihatan yang baik. Bagi yang menghidap sesuatu penyakit, mereka pasti pernah menganggap ujian daripada Tuhan adalah seperti bala kepada mereka.

Penyakit Kanser Yang Dihidapi Oleh Elyana Dipersoal Netizen
Penyakit Kanser Yang Dihidapi Oleh Elyana Dipersoal Netizen

Maka, sudah menjadi tanggungjawab kita yang sihat untuk membantu dan menggembirakan hati mereka.

Pada November tahun lalu, penyanyi wanita popular, Elyana mengumumkan bahawa dia sebenarnya menghidap kanser tahap 4 di sebuah rancangan realiti TV. Beliau difahamkan menghidap kanser limfoma iaitu berkaitan sel darah. Sejak itu, beliau sudah tidak aktif melakukan persembahan depan khalayak ramai.

ARTIKEL MENARIK: “Tak Sangka Akhirnya Bocey ‘Berpecah’” – Ini Sebenarnya Yang Terjadi







Untuk meluangkan masa, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu ini sering dilihat pergi bercuti. Terkini, dia sedang bercuti di Genting dan ada memuat naik beberapa foto di laman Instagram miliknya.




Menerusi foto-foto tersebut, beliau dilihat sangat menikmati keseronokan di sana. Namun begitu, masih ada sesetengah netizen yang hairan melihatnya bersuka ria di sana sedangkan beliau menghidap kanser.

Betul ke sakit


Persoalannya itu membangkitkan kemarahan dalam kalangan netizen lain seolah-olah pihak tadi menganggap Elyana menipu tentang penyakit yang dihidapinya.

Bagi la support moral



Meskipun telah dinasihati, pihak ini dilihat seperti masih tidak puas hati dan menambah lagi ayat kecamannya.

Artis ni kan pandai sangat berlakon hahaha


Pengalaman awak ada stage 4 cancer ke?



Janganlah kita bersangka buruk tentang kebahagiaan atau penderitaan orang lain. Diharapkan juga agar Elyana terus tabah mengahadapi dugaan yang ditanggung pada masa kini.

Video Player


Cantiknya Elyana😘
Posted by Siti Aafiyah Fans Club on Saturday, 15 September 2018
Sumber: IG elyanaofficial via mediaohsem

7 tahun Elyana sembunyikan penyakit kanser


ELYANA KANSER


KUALA LUMPUR 27 Nov. – Penyanyi Elyana Emrizal, 30, mengambil masa selama tujuh tahun untuk menyembunyikan penyakit kanser limforma yang dihidapinya kerana enggan berkongsi sesuatu yang tidak menggembirakan.

Elyana yang merupakan penghidap kanser tahap empat mengakui telah menjalani rawatan di dalam dan luar negara bagi merawat penyakitnya itu.

“Berpuluh-puluh rawatan kemoterapi telah saya jalani. Kali terakhir pada bulan Ramadan lalu. Biarlah saya saja yang menanggung penderitaan ini, bukannya orang lain, sebab itu saya sorok.

“Saya pasrah, ini bahagian saya yang telah Allah aturkan. Saya kena kuat demi keluarga dan peminat yang selama ini banyak memberi sokongan,” katanya dalam sidang akhbar usai tamat Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang menyaksikannya tersingkir.

Berkongsi kisah hitamnya, Elyana memberitahu ketika didiagnosis penyakit tersebut, doktor menyatakan dia berpeluang untuk hidup kira-kira selama setahun sahaja.

Bagaimanapun penyanyi Tak Tercapainya Akalmu itu menjelaskan, dia tidak pernah putus harap dan sentiasa berfikiran positif dengan menanamkan tekad untuk kembali sembuh.

“Saya percaya dengan ayat yang tertulis di dalam al-Quran bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Tipulah kalau saya katakan tidak pernah tertekan tetapi kata-kata itu mengembalikan semula harapan saya,” katanya.

Tambah Elyana, tiba masanya untuk peminatnya mengetahui perkara sebenar dan disebabkan itu, dia mendedahkan rahsia tersebut sebaik diumumkan tersingkir dari pentas GV4.

“Saya masuk pertandingan ini demi peminat, atas dorongan mereka. Jadi, tidak patut saya sorokkan daripada pengetahuan mereka,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Elyana Akui Menyesal Dedah Dirinya Hidap Kanser


2-Elyana-Akui-Menyesal-Dedah-Dirinya-Hid


Penyanyi dan pelakon Elyana meluahkan rasa terkilan dan tertekan apabila segelintir netizen yang memperlekehkan kesihatannya. Jelas Elyana, tekanan itu mula dirasai selepas dia mendedahkan keadaan dirinya kini.

“Sekarang ini stress pada pandangan orang pula. Kadang-kadang saya rasa menyesal kenapa memberitahu orang mengenai perkara ini. Dulu stress pasal saya kena sembunyikan sesuatu, dan sekarang pula stress bila pandangan dan persepsi orang pula”
“Maknanya hidup ini, ke kanan salah, ke kiri pun salah. Jadi kita buatlah apa yang menggembirakan kita. Kadang-kadang saya tak boleh tahan, sebab itulah saya meluahkannya di Instagram,” katanya yang ditemui di majlis tayangan filem Dukun.

Tambahannya lagi, dia tidak pernah untuk menipu atau meraih perhatian mana-mana pihak terhadap penyakit yang dihadapinya itu.

“Sekarang ini stress pada pandangan orang pula. Kadang-kadang saya rasa menyesal kenapa memberitahu orang mengenai perkara ini. Dulu stress pasal saya kena sembunyikan sesuatu, dan sekarang pula stress bila pandangan dan persepsi orang pula”
“Maknanya hidup ini, ke kanan salah, ke kiri pun salah. Jadi kita buatlah apa yang menggembirakan kita. Kadang-kadang saya tak boleh tahan, sebab itulah saya meluahkannya di Instagram,” katanya yang ditemui di majlis tayangan filem Dukun.

Tambahannya lagi, dia tidak pernah untuk menipu atau meraih perhatian mana-mana pihak terhadap penyakit yang dihadapinya itu.

Sumber: Rotikaya

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post