Penduduk gusar kemusnahan akibat angin kencang, hujan lebat, banjir-KIAMAT

Penduduk gusar kemusnahan akibat angin kencang, hujan lebat, banjir-KIAMAT

Penduduk gusar kemusnahan akibat angin kencang, hujan lebat, banjir-KIAMAT

Penduduk gusar kemusnahan akibat angin kencang, hujan lebat, banjir-KIAMAT
Penduduk gusar kemusnahan akibat angin kencang, hujan lebat, banjir-KIAMAT

Pembentukan Taufan Florence semakin memuncak, jutaan penduduk siap sedia dibadai hujung minggu ini. –

ARTIKEL MENARIK: Kekayaan Dubai pada Hari ini Sudah Diberitahu Nabi Muhammad 1400 Tahun yang lalu. Yakinlah Kiamat Sudah Menghampiri Kita






NORTH CAROLINA: Pembentukan Taufan Florence yang sangat digeruni mula menunjukkan peningkatan pada Selasa dan dijangka membawa hujan lebat selama berhari-hari, banjir besar dan menjejaskan bekalan kuasa selama berminggu-minggu.

Reuters melaporkan, taufan itu diramal membadai kawasan tenggara Amerika Syarikat (AS) hujung minggu ini.

Tiupan angin dan gelombang besar dijangka melanda pesisiran pantai di North dan South Carolina pada Jumaat, dan hujan lebat pula akan diterima hingga berbatu-batu jauhnya ke bahagian daratan, ujar Pusat Taufan Kebangsaan AS (NHC).

Kelajuan angin setakat ini dilaporkan sekuat 225 kilometer sejam di beberapa kawasan, sementara ribut sudah mencapai status Kategori 4 dalam skala Saffir-Simpson dan dikhuatiri semakin kuat dan besar.

“Ribut taufan ini adalah raksasa. Ia sangat berbahaya, mengancam nyawa dan boleh dianggap sebagai taufan yang bakal mencatat sejarah,” ujar Gabenor North Carolina Governor Roy Cooper dalam satu wawancara di televisyen tempatan.

Cooper dan rakan sejawatan dari South Carolina dan Virginia mengarahkan kira-kira sejuta orang meninggalkan kediaman di kawasan pesisiran pantai.


Bagi melancarkan proses perpindahan, pihak berkuasa di South Carolina membuka laluan bertentangan untuk dimanfaatkan pengguna lebuh raya.

Penduduk di laluan Taufan Florence diminta bersedia untuk mengalami gangguan bekalan kuasa selama beberapa minggu.

Lebih 700 anggota Palang Merah juga sudah ditempatkan di lokasi tertentu manakala tempat perlindungan sssementara turut dibangunkan untuk digunakan mereka yang tidak dapat berpindah.

Presiden AS Donald Trump yang sebelum ini pernah dikritik tentang cara menangani bencana seumpamanya, pada Selasa telah menandatangani deklarasi darurat bagi North Carolina, South Carolina dan Virginia, selain meluluskan sumber persekutuan untuk bantuan kecemasan.

“Telah pasti datangnya ketetapan Allah (hari kiamat), maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Dia daripada apa vang mereka sekutukan.”
(Al-Nahl : 1)

Sesungguhnya kiamat itu pasti datang. Bila masa akan berlakunya kiamat semua di sisi Allah S.W.T. Sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-A’raf ayat 187:

“Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang kiamat: “Bilakah terjadilya? 

Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah di sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangankva selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah (Muhammad):

“Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Buku ini menghuraikan beberapa tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kiamat itu kian hampir. Semoga dengan peringatan tersebut kita akan lebih peka dan sentiasa mengingati Allah serta patuh kepada larangan serta meninggalkan segala larangan-Nya.

Kredit : HelangMerah.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post