Kelantan Akan Jadi Negeri Termiskin Di Bawah Tun M – Ulas Najib Razak

Kelantan Akan Jadi Negeri Termiskin Di Bawah Tun M – Ulas Najib Razak

Kelantan Akan Jadi Negeri Termiskin Di Bawah Tun M – Ulas Najib Razak

Kelantan Akan Jadi Negeri Termiskin Di Bawah Tun M – Ulas Najib Razak
Kelantan Akan Jadi Negeri Termiskin Di Bawah Tun M – Ulas Najib Razak

*Video sekadar hiasan, sila baca artikel penuh dibawah

‘Saya kurang senang dengan tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan media khususnya untuk memburukkan dan menegur negeri Kelantan untuk kurangkan pergantungan kepada kerajaan persekutuan.’

Guan Eng berkata Negeri Kelantan adalah penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada kerajaan persekutuan sejak tahun 2013 hingga 2017 dan tidak patut lagi bergantung kepada kerajaan persekutuan

ARTIKEL MENARIK: Dua Sebab Anwar Tidak Akan Jadi PM


Salah Perdana Menteri Keempat

Ya, tak dapat dinafikan Kelantan adalah antara negeri paling miskin sekarang tetapi ini ekoran tindakan kerajaan BN terdahulu di bawah perdana menteri keempat yang menghentikan projek-projek pembangunan dan keperluan asas kerana ia jatuh di bawah kepimpinan parti lain pada 1990, sehingga tiada satupun lebuhraya atau infrastruktur air bersih yang sempurna.

Oleh itu, sumber pendapatan kerajaan negeri adalah terhad.

Semasa saya menjadi perdana menteri, saya banyak menyalurkan peruntukan bagi memperbetulkan dan membangunkan negeri Kelantan baik dari segi infrastruktur pengangkutan (lebuhraya CSR, ECRL yang telah dibatalkan oleh Pakatan Harapan),

pembantuan fiskal, instrastruktur air, projek kumbahan (yang juga telah dibatalkan oleh Pakatan Harapan baru-baru ini) ataupun penebatan banjir.

Tak Kira Parti Mana

Tidak kira negeri itu di bawah parti pemerintah di Putrajaya ataupun tidak, kita tak patut pinggirkan mereka atas semangat 1Malaysia.

Walaupun negeri Pulau Pinang antara negeri yang paling maju dalam Malaysia sekian lama, saya juga telah menyalurkan dana RM650 juta bagi penstrukturan semula bekalan air dan geran RM1.3 bilion bagi memperbesarkan Empangan Mengkuang.

Bantuan RM650 juta dari kerajaan persekutuan inilah yang sering disalah guna oleh kerajaan DAP sejak 2011, kononnya mereka berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 95 peratus dan kononnya pandai mentadbir manakala BN tidak pandai.

Tiada salah untuk negeri yang telah berjaya untuk menolong negeri yang kurang berjaya.

Kerajaan HARAPAN sudah banyak membantu peniaga yang suka mengelak cukai, ekonomi gelap dan orang kaya yang kebanyakkan di negeri yang kaya. Mengapa pula negeri yang miskin tidak mahu ditolong?

Yang miskin tidak patut dikecam mengapa mereka miskin dan dihukum dengan alasan tidak mahu menolong mereka lagi kerana mereka masih miskin.

Sebaliknya, mereka patut dibantu dengan lebih banyak. Bukan dihukum atau dimarah. – Malaysiakini


NAJIB DEDAH BUKTI SUMBANGAN ALMARHUM RAJA ABDULLAH ABDUL AZIZ AS-SAUD

1-48-590x400.jpg

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bukti sumbangan almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz as-Saud pada 2011 yang didakwa bertujuan membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sumbangan itu dakwa Najib bertujuan bagi memastikan UMNO dan BN mampu bertahan, sekiranya berlaku kebangkitan rakyat ala Arab Spring di Malaysia.

Katanya, Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan.

“Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu kemungkinan berlaku ‘Malaysia Spring’ pada ketika itu kerana Malaysia juga negara Islam biarpun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika.

“Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia.

“Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan, sumbangan ini juga tidak mahu dihebahkan. Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan,” kata Najib dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa jumlah pembiayaan yang dijanjikan untuk beberapa tahun itu adalah lebih rendah daripada negara jiran Arab Saudi yang terjejas teruk daripada Arab Spring.
Sebagaimana pemberian hadiah tidak ternilai, kelambu Kaabah – kain kiswah Kaabah dan tambahan kuota haji 20,000 daripada…
Posted by Najib Razak on Monday, September 10, 2018
“Memandangkan saya bukan lagi Perdana Menteri dan Raja Abdullah telah mangkat (Al-Fatihah), saya rasa adalah bersesuaian untuk saya dedahkan dokumen berikut bagi membersihkan nama saya dari pelbagai tuduhan dan fitnah,” katanya lagi.

Menurut Najib, sumbangan Raja Abdullah itu tidak dihebohkan sebelum ini kerana baginda meminta agar ia tidak diwarwarkan, sama seperti hadiah kain kelambu Kaabah dan tambahan kuota haji khas sebanyak 20,000 jemaah.

“Saya bersama peguam mengambil masa yang agak lama untuk memperolehi dokumen ini daripada bank namun kami berjaya mendapatkan sebahagian besar darinya. Dokumen berikut adalah bagi sumbangan tahun 2011 sahaja. Pihak berkuasa dan bank ada dokumen yang sama,” kata Najib.

Jelas Najib, Putera Abdulaziz as-Saud menulis kepadanya pada 1 Februari 2011 memberitahu bahawa Arab Saudi akan menyediakan AS$100 juta atau RM415 juta kepadanya bagi tahun itu.

Bekas Presiden UMNO itu juga mendakwa sebahagian besar dana yang beliau terima digunakan bagi tujuan politik BN.

Antara tujuan politik itu antaranya termasuk dana kepada UMNO Johor untuk membeli van, yang baru-baru ini disita oleh pihak berkuasa untuk siasatan berhubung duit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Najib, bukti surat dari Arab Saudi itu ada dilampirkan bersama dana yang dipindah masuk ke akaun peribadinya di Ambank bagi tempoh beberapa tahun.

“Sama ada BNM (Bank Negara Malaysia) mahupun bank berkenaan tidak pernah mempersoal atau menyatakan kebimbangan terhadap sumbangan ini, kerana ia turut dilampirkan dengan surat pengesahan,” katanya.

Najib juga mahu menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai sumbangan yang diterimanya termasuk isu RM2.6 billion pada status FB akan datang atau melalui temuramah dengan media.


Sumber : Awani via indahnya malaysiaku

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post