Wakil insurans tak layan rayuan minta jenguk di hospital, akhirnya Datuk ini pilih untuk tular

Wakil insurans tak layan rayuan minta jenguk di hospital, akhirnya Datuk ini pilih untuk tular

PETALING JAYA: Bukan wang ringgit mahupun populariti yang dikejar seorang pelanggan syarikat insurans ketika meluahkan kekesalannya terhadap perkhidmatan yang diterima sehingga ia tular di media sosial.

Wakil insurans tak layan rayuan minta jenguk di hospital, akhirnya Datuk ini pilih untuk tular
Wakil insurans tak layan rayuan minta jenguk di hospital, akhirnya Datuk ini pilih untuk tular

Biarpun terpaksa menanggung bil perubatan sebanyak RM76,000, usahawan farmaseutikal berstatus Datuk itu bersuara kerana enggan pelanggan lain menerima nasib sepertinya.Bayaran tersebut adalah jumlah keseluruhan bagi dua kali kemasukan ke sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah pada April dan September 2018.Pengarah Urusan Dzr Pharma Sdn. Bhd, Datuk Zulkifly Mohamad berkata, insiden yang menimpanya adalah satu penindasan ke atas pelanggan dan hanya memenangkan syarikat insurans terbabit.

Zulkifly mendakwa, sebelum merakamkan video Facebook Live tersebut, beliau pernah merayu kepada ejen dan pengurus syarikat insurans berkenaan agar membantu menguruskan tuntutannya ketika kali pertama dimasukkan ke hospital pada April lalu.

ARTIKEL MENARIK: Kopi viral dicampur serbuk bateri terpakai diserbu tak sangka lihat apa yang berlaku!


Namun, dakwa Zulkifly, tiada seorang pun wakil syarikat insurans itu yang melawatnya di hospital untuk memberikan penjelasan.


Bil hospital bagi rawatan pembedahan ‘coronary angiogram’ yang dijalani Zulkifly pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, beliau ikhlas ‘menghalalkan’ nilai tuntutan tersebut sekiranya benar-benar tidak layak untuk diluluskan oleh syarikat insuran terbabit.

“Selepas video saya tular, beberapa wakil syarikat insurans menghubungi saya dan memberi alasan ia disebabkan oleh masalah ejen.

“Saya tanya mereka, ejen ni saya yang lantik atau kamu yang lantik? Kalau guna alasan ejen tak buat laporan, ini bukan masalah pelanggan,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Tambah Zulkifly, syarikat insurans tersebut berjanji untuk melengkapkan siasatan kes berkenaan tuntutan beliau selewat-lewatnya Jumaat ini.

Kata bekas guru tersebut, beliau akan menunggu laporan siasatan dikeluarkan sebelum memutuskan bentuk tindakan selanjutnya yang akan diambil bagi membela haknya sebagai seorang pelanggan.


Zulkifly meluahkan tentang kekecewaannya melalui rakaman Facebook Live pada Isnin.Dalam pada itu, Zulkifly turut menggesa agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Tribunal Tuntutan Pengguna dan Bank Negara Malaysia agar menguatkuasakan undang-undang ke atas syarikat insurans yang tidak bertanggungjawab demi melindungi hak pengguna.





Terdahulu, mStar Online melaporkan, video Zulkifly meluahkan tentang kekesalannya terhadap sebuah syarikat insurans yang enggan membayar tuntutan bil perubatannya menjadi tular di Facebook.

Usahawan farmaseutikal itu menerusi rakaman Facebook Live pada Isnin mendakwa, syarikat insurans tersebut enggan melangsaikan bil perubatannya dengan alasan beliau mempunyai sejarah penyakit batu karang sebelum mendapatkan kad perubatan takaful pada April 2014.

Bagaimanapun, Zulkifly menjelaskan bahawa beliau telah memaklumkan mengenai penyakitnya itu kepada ejen insurans syarikat berkenaan, namun pihak syarikat tidak memintanya membuat pemeriksaan kesihatan sebelum meneruskan dengan proses pendaftaran kad tersebut.

Sumber: Mstar / FB Mohd Zulkifly

Perkembangan terkini berkenaan kes Insurans yang Datuk Zulkifly viralkan, di laman FB beliau


Artikel Sebelumnya…

Bayar RM400 sebulan selama 4 tahun, alasan syarikat insurans buat Datuk ini ‘mengamuk’



Terdahulu, tidak dinafikan perlindungan insurans atau takaful penting dan bersifat sebagai penyelamat kepada pelanggan apabila ditimpa musibah termasuk penyakit atau kemalangan di kemudian hari.

Wang insurans yang dilaburkan secara bulanan itu melindungi pelanggan daripada terpaksa menanggung kos rawatan perubatan yang melambung tinggi.

Namun, video seorang usahawan farmaseutikal berstatus Datuk meluahkan kekesalannya selepas membeli insurans yang ditawarkan sebuah syarikat tular di Facebook apabila mendakwa syarikat terbabit enggan membayar bil perubatan hospitalnya yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Pengarah Urusan Dzr Pharma Sdn. Bhd, Datuk Zulkifly Mohamad menerusi rakaman Facebook Live pada Isnin mendakwa, syarikat insurans tersebut enggan melangsaikan bil perubatannya dengan alasan beliau mempunyai sejarah penyakit batu karang sebelum mendapatkan kad perubatan takaful pada April 2014.

Bagaimanapun, Zulkifly menjelaskan bahawa beliau telah memaklumkan mengenai penyakitnya itu kepada ejen insurans syarikat berkenaan, namun pihak syarikat tidak memintanya membuat pemeriksaan kesihatan sebelum meneruskan dengan proses pendaftaran kad tersebut.


Zulkifly meluahkan tentang kekecewaannya melalui rakaman Facebook Live pada Isnin.
“Setiap bulan, akaun bank dipotong lebih kurang RM400 … tidak pernah gagal.

“Tapi syarikat insurans telah dua kali berlaku masalah begini (tidak menanggung kos perubatan). Tuan-tuan beringat, pilihlah syarikat insurans lain,” katanya pada rakaman tersebut.

Setakat ini, video Facebook Live beliau sudah ditonton lebih 108,000 kali dan mendapat lebih 4,300 perkongsian.

Jelas Zulkifly, beliau masih mengalami penyakit batu karang walaupun selepas mengambil insurans tersebut dari 2014 hingga 2018.

Anggaran kasar yang dibuat mStar Online mendapati jumlah bayaran terkumpul oleh Zulkifly adalah sekitar RM21,600 bagi caruman selama 54 bulan.

“Tuntutan saya sebanyak RM26,000 di sebuah hospital swasta (awal 2018) di Sungai Petani ditolak kerana kes saya sebelum ini masih dalam siasatan… kerana sebelum 2014, saya pernah kena batu karang.

“Jadi, saya bayar kos RM26,000 itu, nasib baik saya ada simpan duit sedikit,” katanya yang mendakwa sudah berkali-kali memaklumkan tentang sejarah penyakitnya kepada ejen insurans berkenaan.



Kekesalan beliau memuncak apabila terpaksa dimasukkan ke hospital sekali lagi akibat serangan jantung, namun masih menerima alasan sama daripada pihak syarikat insurans terbabit.

Dakwa Zulkifly, tuntutannya tidak diluluskan kerana siasatan bagi kes pertama yang melibatkan penyakit batu karang belum selesai.

“Saya tanya pegawai mereka, untuk apa saya bayar RM400? Potong untuk apa? Baik saya sedekah kepada anak yatim atau orang miskin daripada bagi kepada kamu setiap bulan.
“Ketika saya di hospital, orang lain memang ramai merungut benda yang sama pasal satu syarikat insurans ini,” luah Zulkifly.

Tambah usahawan tersebut, beliau bernasib baik kerana masih mampu membayar segala kos perubatan tersebut, namun bersimpati dengan nasib mereka yang tidak mempunyai simpanan mencukupi apabila diserang penyakit kritikal.

Sumber: Mstar via the express viral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post