Musa Aman dah balik. Ini perkara pertama yang beliau lakukan sejurus sampai

Musa Aman dah balik. Ini perkara pertama yang beliau lakukan sejurus sampai

SELEPAS meninggalkan Sabah kira-kira empat bulan lalu, bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman pulang ke negeri ini apabila tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menaiki pesawat khas pada 12.30 tengah hari, hari ini.

Musa Aman dah balik. Ini perkara pertama yang beliau lakukan sejurus sampai
Musa Aman dah balik. Ini perkara pertama yang beliau lakukan sejurus sampai

Sejurus keluar di balai ketibaan di bangunan terminal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu disambut kira-kira 1,000 penyokong yang melaungkan ‘hidup Tan Sri’.

Musa yang kelihatan memegang tongkat kemudian terus dibawa menaiki Toyota Vellfire berwarna hitam dipercayai menuju ke Jesselton Medical Centre (JMC) di Jalan Lintas Bypass, Kota Kinabalu, untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

ARTIKEL MENARIK: Najib akan ulangi sejarah Tun M jadi PM dua kali?


Image result for musa aman


Musa yang dirawat di hospital swasta di Subang Jaya, Selangor, sebelum ini perlu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga sebelum 11 September ini, atau hilang kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mei lalu.

Orang ramai menyambut ketibaan Tan Sri Musa Aman di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa, di Kota Kinabalu. FOTO Ihsan Pembaca

Sementara itu, peguam Musa, Tengku Fuad Ahmad ketika dihubungi berkata, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu dijangka mengangkat sumpah sebagai ADUN, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mengesahkan bila majlis angkat sumpah diadakan atau sama ada Musa akan dirujuk ke JMC untuk pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

Sumber: Harian Metro

Akhirnya, Musa Aman pulang ke Sabah, angkat sumpah petang ini?

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, hari ini.

Musa yang tiba di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 12.40 tengah hari tadi.

Beliau tiba dengan pesawat khas yang difahamkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz pada jam 10.30 pagi tadi.

Sebaik sahaja tiba, Musa dilihat keluar dari pintu balai ketibaan lengkap berpakaian sut hitam, bersongkok dan berjambang.

Musa perlu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga sebelum 11 September ini.
Lebih 1,000 penyokong Tan Sri Musa Aman menyambut kepulangan Musa dan dijangkakan beliau mengangkat sumpah sebagai ADUN hari ini.
Astro AWANI sedang memantau perkembangan terkini di platform digital dan Saluran 501 AWANI dari semasa ke semasa.
Sumber: Astro Awani

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post