Salah guna kuasa, bekas Adun PAS dibebaskan

Salah guna kuasa, bekas Adun PAS dibebaskan

SHAH ALAM – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Noor Hanim Ismail yang direman kerana disyaki terbabit kes salah guna kuasa berjumlah lebih RM50,000 melibatkan syarikat anaknya sendiri dibebaskan hari ini.

Salah guna kuasa, bekas Adun PAS dibebaskan
Salah guna kuasa, bekas Adun PAS dibebaskan

Noor Hanim, 56, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin pukul 1.30 petang tadi di pejabat SPRM Selangor.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut namun enggan mengulas lanjut.

ARTIKEL MENARIK: Suhakam gesa mansuh hukuman sebat dalam undang-undang sivil, syariah


Terdahulu, Noor Hanim yang dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 10 pagi telah dibenarkan untuk dibebaskan oleh Majistret Shazali Hidayat Shariff selepas SPRM memaklumkan telah melengkapkan kertas siasatan mengenainya.

Sementara itu, Peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang mewakili Noor Hanim memberitahu, pihaknya menzahirkan penghargaan kepada SPRM yang berjaya menyelesaikan siasatan dalam tempoh dua hari.

Jelas beliau, pihaknya kini hanya menunggu tindakan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara berhubung kes tersebut.


Noor Hanim sebelum ini ditahan reman selama dua hari bermula kelmarin selepas ditahan kira-kira pukul 5.50 petang Isnin lalu di pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan selepas dipercayai telah melantik sebuah syarikat sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri yang mana syarikat tersebut adalah milik anaknya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post