Model Melayu bantah pesalah LGBT disebat di khalayak ramai

Model Melayu bantah pesalah LGBT disebat di khalayak ramai

MODEL dan pelakon, Alicia Amin, 22, menganggap, tindakannya memuat naik beberapa kenyataan menentang hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pasangan lesbian di Terengganu adalah untuk menegakkan ‘human rights’ atau hak sesama manusia.

Model Melayu bantah pesalah LGBT disebat di khalayak ramai
Model Melayu bantah pesalah LGBT disebat di khalayak ramai

Menurut Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin, itu adalah perkara utama yang perlu diambil kira oleh masyarakat.

“Kalau sesuatu perkara yang berlaku itu mungkin akan meninggalkan kesan negatif (sebat di depan khalayak), kita perlu bersuara dan bincangkan. Bagi saya, ‘human rights’ sangat penting dan perlu diambil kira.

ARTIKEL MENARIK: (VIDEO) Kau Dah ‘Sedap-sedap’ Dengan Kekasih Hati, Aku Yang Kena Bayar Bill Kau, Banyak Cantik! – Zarina Anjoulie Bongkar Perangai Sebenar Ismail Izzani


“Apa yang saya lakukan adalah satu perkara positif dan patut kita amalkan kerana kita perlu saling hormat-menghormati sesama manusia. Dengan itu, yang salah boleh diperbetulkan dan dijadikan tauladan ” katanya kepada Harian Metro.

Diminta memberikan pendapatnya mengenai hukuman yang dijalankan kelmarin, Alicia tidak menolak hukuman Syariah, tetapi biar kena dengan caranya.


“Pada pendapat saya, hukuman sebegini tak perlu dipertontonkan kepada umum dan dihebahkan ke media serta media sosial. Saya faham tujuan hukuman sebat mengikut undang-undang Syariah, bertujuan memberi pengajaran.


“Namun begitu, ia akan meninggalkan kesan buruk kepada pesalah dari segi psikologi mereka,” katanya.

Di Instagramnya beberapa hari lalu, bekas peserta program Asia’s Next Top Model musim kelima itu lantang menyuarakan pendapatnya mengenai kes yang tular terbabit dan menerima pelbagai respon daripada netizen.

Dalam perkembangan lain, Alicia kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Alamatnya Cinta dan sedang giat menjalankan beberapa projek khidmat masyarakat.

Kredit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post