BALIK PULAU: Misteri kehilangan seorang wanita sejak 19 September lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung, di sini, petang tadi.
Mayat warga emas ditemui dalam tangki najis selepas 6 hari hilang |
Mangsa dipercayai dibunuh anak kandungnya sendiri pada Rabu lalu sebelum mayat wanita malang berkenaan disembunyikan di dalam tangki najis rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan, berkata mayat mangsa yang tenggelam di dalam tangki sedalam 1.2 meter itu ditemui menantunya kira-kira jam 2 petang tadi sebelum menghubungi polis.
ARTIKEL MENARIK: Peragut Ini Bernasib Baik Kerana Tidak Dipukul Tetapi Yang Pelik Kenapa Dia Berani Ragut Rantai Emas Lelaki
“Polis dengan bantuan pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa dan mengesan satu kesan kelar di bahagian hadapan lehernya.
“Polis juga menjumpai senjata pisau di dalam tangki itu,” katanya.
Menurutnya, polis percaya mangsa dibunuh anak lelakinya berusia 29 tahun selepas dia turut menghilangkan diri sejak kehilangan ibunya.
“Satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu memaklumkan kehilangan mangsa sebelum mayatnya ditemui di sini, tadi.
“Suspek yang diburu polis mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes mencederakan saudaranya sendiri,” katanya.
Menurutnya, rumah itu didiami suspek bersama arwah ibunya dan seorang adik perempuan.
Anbalagan berkata, adik suspek memberitahu polis ada melihat ibunya solat Subuh pada pagi 19 September lalu sebelum dia hilang sejak itu sehingga mayatnya ditemui hari ini.
Menurutnya, suspek yang dipercayai suka berkhayal dengan menghidu petrol, kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Kredit : Wowberita
Post a Comment