MH370: Media antarabangsa dedah mesej ‘seram’ Kapten Zaharie kepada model kembar

MH370: Media antarabangsa dedah mesej ‘seram’ Kapten Zaharie kepada model kembar

RANTAIAN mesej di media sosial daripada juruterbang penerbangan MH370 yang hilang secara tidak langsung mendedahkan personalitinya sebagai seorang lelaki yang ‘obses’ dengan profil sepasang model kembar.

MH370: Media antarabangsa dedah mesej ‘seram’ Kapten Zaharie kepada model kembar
MH370: Media antarabangsa dedah mesej ‘seram’ Kapten Zaharie kepada model kembar

Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah juruterbang dalam pesawat yang membawa 238 penumpang dan anak kapal yang hilang pada Mac 2014.

Namun pendedahan menerusi media sosial itu hanya dilaporkan Daily Mail pada Ahad, sekali gus memberikan gambaran tentang dakwaan status mental yang ‘merosakkan dirinya’ seperti yang pernah dinyatakan oleh seorang ahli psikologi terhadap juruterbang itu.

ARTIKEL MENARIK: Menteri Kewangan Ugut Pemaju Turunkan Harga Rumah. Kalau Tak...


Dalam tempoh 12 bulan sebelum pesawat Boeing 777 hilang, Zaharie dilaporkan telah ‘meninjau’ halaman Facebook pasangan model kembar Malaysia itu dan meninggalkan komen bersifat seksual.

Lan Qi Hui dan Qi Min Lan, 26, di mana usia mereka 27 tahun lebih muda berbanding Zaharie.

Sepanjang 2013, kapten berusia 53 tahun itu dilaporkan telah meninggalkan 97 komen berasingan di Facebook untuk Qi Min Lan.



Sebilangan besar mesejnya bagaimanapun diabaikan.

Zaharie meminta pasangan kembar itu datang ke Kuala Lumpur, lokasi di mana dia tinggal bersama isterinya.

“Bila di KL,” dia menulis satu lagi komen.

“Bagaimana dengan KL?,” tetapi tidak mendapat balasan.

Dalam satu lagi posting, di mana Qi Min Lan menyiarkan gambar dirinya memakai baju mandi, dia menulis: “Baru mandi?”

Zaharie digambarkan sebagai seorang lelaki yang baik dan riang oleh rakan-rakannya, tetapi media sosialnya menunjukkan sisi lain juruterbang itu, lapor Daily Telegraph.



Paparan skrin laporan mengenai Zaharie di Daily Telegraph.


Di samping mesej kepada gadis-gadis, Zaharie sering mengkritik kerajaan Malaysia yang kebetulan memiliki syarikat penerbangan tempat dia bekerja.

Di laman Facebooknya sendiri, Zaharie pernah melabel perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘moron’.

Pada April 2013, menjelang pilihan raya Malaysia, Zaharie membuat 119 kali posting, kesemuanya mencerminkan kebenciannya terhadap kerajaan Najib.

Bulan berikutnya, selepas parti Najib diberi mandat lima tahun lagi, Zaharie menulis: “Perasaan memberontak sentiasa ada dalam diri kita. Biarkan ia keluar!”

Pakar penerbangan yang juga ketua pengarang airlineratings.com Geoffrey Thomas berkata, adalah sesuatu yang membimbangkan apabila seorang juruterbang kanan membuat komen politik.

“Sepatutnya ia menjadi penggera yang serius bagi syarikat penerbangan itu apabila anda mempunyai seseorang yang terbang dan terang-terangan anti-kerajaan,” kata Thomas.

“Sekiranya seorang juruterbang Qantas melakukan sesuatu seperti itu dia akan beri penjelasan dan digantung.”




Sehingga kini, bangkai penerbangan MH370 masih tidak ditemui, menyebabkan banyak teori konspirasi muncul.

Salah satu teori popular timbul hanya beberapa minggu selepas pesawat hilang, yang mana Zaharie dikatakan merancang dan melaksanakan pembunuhan beramai-ramai kerana masalah peribadi.

Bagaimanapun dakwaan itu ditepis oleh keluarga dan anak-anaknya.

Komunikasi terakhir dari pesawat itu adalah daripada Zaharie yang mengucapkan ‘Good night, Malaysian370’ ketika pesawat meninggalkan ruang udara Malaysia.

Turut dilaporkan Zaharie menggunakan simulator penerbangan di rumahnya untuk merancang laluan ke pulau terpencil.

Bagaimanapun, pegawai penyiasat di Kuala Lumpur mengisytiharkan bahawa polis Malaysia dan pakar teknikal FBI tidak menemui sebarang petunjuk untuk mencadangkan bahawa dia merancang untuk merampas penerbangan itu selepas memeriksa simulator penerbangannya.

Peminat penerbangan Australia, Michael Gilbert percaya pesawat malang itu terbakar semasa penerbangan, memaksa juruterbang untuk merancang lencongan jauh dari kawasan yang ramai penduduk.

Kapten Pesawat MH370 Seorang ‘Aktivis Politik’, Lapor The Mail


zaharie


PETALING JAYA: Dengan menumpukan kembali kepada anak-anak kapal dan penumpang dalam pesawat MH370 yang hilang, polis sedang menyiasat dengan lebih lanjut mengenai latar belakang kapten penerbangan itu.

The Mail pada Ahad difahamkan bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan penyokong ‘obsesif ‘ kepada ketua pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan itu, beberapa jam sebelum penerbangan itu meninggalkan Kuala Lumpur, difahamkan bahawa Zaharie, 53, menghadiri perbicaraan Anwar Ibrahim di mana pemimpin itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.

Sumber polis mengesahkan kepada akhbar harian itu bahawa Zaharie merupakan seorang aktivis politik yang lantang bersuara, dan bimbang sekiranya keputusan mahkamah itu akan membuatnya sedih.

Tujuh jam kemudian, beliau mengawal penerbangan Boeing 777-200 ke Beijing dan membawa 238 penumpang dan anak kapal.

Polis pada Sabtu melakukan pemeriksaan di rumah Zaharie di pinggir bandar Shah Alam dekat Kuala Lumpur, di mana beliau telah memasang satu simulator penerbangan buatan.
Tetapi akhbar harian ini boleh mendedahkan bahawa penyiasat telah menghabiskan masa pada minggu lepas bagi memeriksa dua komputer riba yang dikeluarkan dari rumah Zaharie ini. Satu daripadanya dipercayai mengandungi data dari simulator.

Mengesahkan mengenai kebimbangan yang timbul, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan bahawa MH370 dengan sengaja diterbangkan dengan mengubah ke haluan lain mengemudi haluan selepas sistem komunikasi dimatikan.

Beliau berkata, ia menuju ke pantai barat Malaysia dan boleh diterbangkan selama jam tujuh lagi dengan simpanan bahan api.

Radar tentera menunjukkan pesawat itu terbang naik sehingga ke paras 45,000 kaki melebihi had perkhidmatan, yang kemungkinan usaha sengaja untuk mengejutkan penumpang dan anak kapal .

Serbuan di rumah Zaharie terhadap paparan teknikal itu selepas Perdana Menteri berkata siasatan sekarang adalah menumpukan anak-anak kapal dan penumpang sebagai petunjuk.

Tetapi penyiasat memberitahu The Mail pada Ahad bahawa persoalan mengenai latar belakang juruterbang sebenarnya bermula dari awal.

the mail


Laporan The Mail mengenai Kapten Zaharie.

Polis Malaysia , dibantu oleh ejen-ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dari Amerika Syarikat, menyiasat latar belakang politik dan agama kedua-dua Zaharie dan pembantu juruterbang beliau, Fariq Abdul Hamid. Rumah Zaharie telah ditutup selepas polis menghabiskan masa sejam melakukan pemeriksaan.

Bagaimanapun, sumber siasatan berkata bahawa dua komputer riba itu diambil daripada rumah itu dalam pemeriksaan yang tidak didedahkan oleh pihak polis lebih awal pada minggu lepas walaupun terdapat beberapa penafian oleh pegawai-pegawai bahawa rumahnya telah digeledah atau diserbu.

Satu komputer riba diambil dikatakan mengandungi data dari simulator penerbangan manakala yang kedua mengandungi sedikit maklumat.

Komputer riba peribadi Zaharie tidak dijumpai, dan dianggap telah dibawa bersama ke dalam kokpit pesawat, kata sumber itu.

Rakan sekerja Zaharie memberitahu penyiasat bahawa juruterbang itu merupakan aktivis sosial yang lantang bersuara dalam sokongannya terhadap Anwar.

“Rakan sekerja menyatakan dengan jelas kepada kita bahawa beliau adalah seseorang yang memegang kepercayaan politik yang kukuh dan merupakan lantang dalam menyokong Anwar Ibrahim,” kata satu lagi sumber penyiasatan.

“Kami telah diberitahu oleh salah seorang rakan sekerjanya bahawa beliau begitu taksub dengan politik.”

simulator 600


Simulator penerbangan buatan di rumah Kapten Zaharie.

Dalam satu temu bual, rakan sekerja berkata, Zaharie memberitahu mereka bahawa beliau merancang untuk menghadiri kes mahkamah yang melibatkan Anwar pada 7 Mac, hanya beberapa jam sebelum penerbangan ke Beijing, tetapi penyiasat masih belum dapat memastikan sama ada beliau merupakan di kalangan penyokong Anwar di mahkamah.

Zaharie dipercayai berpisah atau bercerai dengan isterinya walaupun mereka berkongsi rumah yang sama, berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mereka mempunyai tiga orang anak, tetapi tidak ada seorang ahli keluarganya berada di rumah kecuali pembantu rumah.

Pendedahan mengenai hubungan politik Zaharie adalah sangat sensitif di negara di mana taktik kotor politik berleluasa.

Salah satu daripada sumber siasatan berkata: “Kami sedang mengkaji teori berhubung kepercayaan politik Zaharie yang mungkin menjadi faktor. Terdapat sensitiviti yang besar di sekeliling tetapi kami tidak mampu untuk tidak meneruskan sebarang sudut yang menjadi perhatian kami.”

Dalam pada itu, sumber polis lain memberitahu The Mail pada Ahad: “Saya boleh mengesahkan siasatan kami termasuk kecenderungan politik dan agama kedua-dua juruterbang.”

Zaharie menyertai Malaysia Airlines pada 1981. Beliau menjadi kapten kira-kira 10 tahun kemudian dan mencatat sehingga 18,360 jam masa penerbangan.

Sumber: Mstar

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post