‘Sebak Hati Saya Saat Lagu Negaraku Berkumandang Di Perancis’, Syafeek Ikhwan Harumkan Nama Malaysia. Bukan calang2 rupanya

Berentap dengan lebih dari 40 buah negara dari seluruh dunia, anak muda ini bukan calang-calang apabila berjaya mengharumkan nama negara selepas merangkul gelaran juara pertandingan nyanyian i-Sing World 2018 kategori solo di Paris malam tadi.

Penyanyi Syafeek Ikhwan, 30, yang membawakan lagu asal Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kau kekasihku menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,333.50 (AS$2,500), trofi dan tiket penerbangan ke Sepanyol untuk membuat persembahan pada pentas akhir i-Sing World 2019.

ARTIKEL MENARIK: Selepas Sajat Cakap Nak Potong ‘Punai’ PU. Ini Respond Balas PU Amin Yang Buat Sajat Lagi Panas Terbakar

42439080_655582128176358_611644967625949

42489212_2212361475677935_73316374907149

Allahuakbar. Dengan izin Allah, berkat doa semua, ini saja yang mampu saya hadiahkan untuk negara. Hanya Allah yang tahu sebak dalam hati saat berkumandang lagu Negaraku di dalam dewan yang sarat dengan warga dari pelbagai negara, di tengah Kota Cinta.

Terima kasih untuk kata-kata semangat yang diberikan. Terima kasih untuk sumbangan. 

Terima kasih untuk segalanya. Ini untuk Malaysia walau mungkin tidak seberapa, daripada insan yang hampir tidak disedari kelibatnya. Terima kasih.

Sebelum ke pentas akhir, 44 peserta yang mewakili negara masing-masing itu perlu bertanding dengan melalui tiga pusingan kelayakan sebelum hanya 18 peserta yang diumumkan layak.

Syafeek menyanyikan lagu Perancis berjudul Je Suis Malade (nyanyian asal Lara Fabian) pada pusingan pertama, lagu Salam Terakhir (Datuk Sudirman Arshad) pada pusingan kedua dan lagu My Way (Frank Sinatra) pada pusingan ketiga.

42472017_2212361659011250_62513884605490

Difahamkan, Syafeek telah menjuarai i-Sing Malaysia 2018 dengan membawa Lagu Cindai (Siti Nurhaliza) yang telah diadakan di Sky Park One City hujung bulan Julai yang lalu sebelum bertanding di i-Sing World Final 2018 yang telah diadakan di Novotel Paris.

Pertandingan yang berlangsung selama empat hari bermula 19 September hingga 23 September 2018 itu menyaksikan penyertaan seramai 44 peserta dari lebih 40 buah negara antaranya USA, China, Australia, Belgium, England, India, Italy, Romania, Singapore, Vietnam, Hong Kong dan banyak lagi.

Barisan juri profesional terdiri daripada Diane Tell, Kitari Mayele, Ysabelle Arfi, Rio Ling dan Chux Oliveira sebagai Ketua Juri.

42389554_2212361275677955_62725576757461

Sumber : Syafeek Ikhwan via  siakapkeli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post