Dua Sebab Anwar Tidak Akan Jadi PM

Dua Sebab Anwar Tidak Akan Jadi PM

KUALA LUMPUR - Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri kelapan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad diramal tidak akan menjadi kenyataan.

Dua Sebab Anwar Tidak Akan Jadi PM
Dua Sebab Anwar Tidak Akan Jadi PM

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam berpendapat, ada dua faktor yang akan menghalang keinginan Anwar itu.

Pertama dakwanya, persengketaan Anwar bersama Dr Mahathir masih berterusan dan Dr Mahathir sendiri diyakini akan menghalang Presiden PKR itu daripada menjadi ahli parlimen.

ARTIKEL MENARIK: Najib Razak Buka Mulut Dan Beritahu Kenapa Proton Berada Di Bawah Syarikat China Geely. Memang Tak Sangka


“Saya yakin Dr Mahathir akan tolong letak calon. Ini pasti. Sebab Dr Mahathir akan usaha sunguh-sungguh, memastikan Anwar tidak akan jadi perdana menteri.

“Kalau Dr Mahathir tak boleh sekat Anwar jadi perdana menteri sebaik sahaja Anwar angkat sumpah jadi ahli parlimen, itu detik kehancuran PH. Sebabnya kalau Dr Mahathir tak boleh kekal jadi perdana menteri, atau angkat salah seorang anak dia jadi perdana menteri, saya yakin dia akan bubarkan (Parlimen),” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada majlis penyerahan borang keahlian Umno yang diserahkan oleh bekas pemimpin PKR dan bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (Kita), Zamil Ibrahim, hari ini.


Faktor kedua menurut Lokman adalah penolakan rakyat terhadap janji manifesto PH yang belum ditunaikan selepas 100 hari memerintah, selain fitnah terhadap pimpinan BN.

“Kalau Anwar bertanding di Permatang Pauh pasti akan kalah disebabkan orang sudah tahu fitnah terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersabit curi duit RM2.6 bilion dan ke atas menteri Kabinet yang kononnya terlibat dengan rasuah.

“Selepas 120 hari PH memerintah, tidak ada sebarang pendakwaan dan keadaan ini seperti kena ‘kencing’,” katanya.

Kredit : Sehinggit

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post