Azan Dilaungkan Apabila Tiba Tiba Angin Ribut Datang. Kejadian Cemas Berlaku Apabila Ribut Menterbangkan Barang Barang Niaga

Azan Dilaungkan Apabila Tiba Tiba Angin Ribut Datang. Kejadian Cemas Berlaku Apabila Ribut Menterbangkan Barang Barang Niaga

Azan Dilaungkan Apabila Tiba Tiba Angin Ribut Datang. Kejadian Cemas Berlaku Apabila Ribut Menterbangkan Barang Barang Niaga

Azan Dilaungkan Apabila Tiba Tiba Angin Ribut Datang. Kejadian Cemas Berlaku Apabila Ribut Menterbangkan Barang Barang Niaga
Azan Dilaungkan Apabila Tiba Tiba Angin Ribut Datang. Kejadian Cemas Berlaku Apabila Ribut Menterbangkan Barang Barang Niaga

Lagi video di bawah artikel

Fenomena ribut garis badai yang melanda Perlis kelmarin dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sehingga penghujung bulan ini dengan melibatkan kawasan pantai barat Semenanjung dan Sabah.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, fenomena tersebut berlaku disebabkan musim Monsun Barat Daya yang dialami negara berikutan keadaan atmosfera yang kondusif.

ARTIKEL MENARIK: Sisters in Islam Desak Peguam Negara Kaji Semula Undang-Undang Syariah


“Ribut garis badai menyebabkan angin kencang, hujan lebat dan petir yang kerap semasa musim Monsun Barat Daya yang bermula 1 Jun lalu.

“Tanda-tanda awal sebelum ribut berlaku adalah pembentukan awan besar secara menegak, berkepul dan berwarna gelap serta penurunan suhu secara mendadak,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku kelmarin, fenomena ribut garis badai yang menghasilkan hujan lebat dan angin kencang mengakibatkan sebanyak 139 buah rumah dan 38 sekolah di Perlis mengalami kerosakan.

Mengulas lanjut, Mohd, Hisham berkata, orang ramai perlu segera berlindung di tempat yang selamat apabila terdapat tanda-tanda petir, hujan lebat dan perubahan kelajuan angin dengan drastik.

Katanya, sekira­nya berlaku feno­me­na tersebut, orang ramai perlu berlindung di dalam bangunan yang kukuh dan menjauhi pokok, tiang elektrik dan air banjir bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Kelajuan angin semasa kejadian ribut garis badai adalah melebihi 50 kilometer sejam dan boleh mencapai sehingga 70 kilometer sejam,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mastura Mahmud berkata, fenomena cuaca ekstrem bukanlah luar biasa. SUMBER : Utusan Online


Video Kredit: NetizenMy

Raja Muda berangkat ziarah mangsa ribut

Image result for Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail


KANGAR, 20 Sept (Bernama) — Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menziarahi beberapa buah rumah di sekitar Mata Ayer dekat sini, yang mengalami kerosakan selepas dilanda ribut Isnin lepas.

Baginda juga berkenan meninjau gotong-royong membaiki bumbung rumah yang dilakukan pasukan 4 Rejimen Renjer DiRaja (4RRD) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Yayasan Tuanku Syed Putra berhampiran Kem Bukit Cowder dekat sini.

Tuanku Syed Faizuddin merangkap Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah (AW) diiringi Ketua Kompeni Markas 4RRD, Mejar Ahmad Amir Abu Bakar; Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Timbalan Komander Rejimen 504 AW, Lt Kol Huzaini Hussin.

“Gotong-royong ini merupakan program Jiwa Murni yang dilaksanakan bersempena Hari Ulang Tahun Rejimen Renjer DiRaja yang ke-55 peringkat 4RRD semalam,” titah baginda di sini, hari ini.

Dalam kejadian ribut di beberapa tempat di Perlis Isnin lepas, sebanyak 139 laporan membabitkan kerosakan kediaman diterima, selain banyak pokok tumbang di jalan raya sehingga menyebabkan beberapa insiden termasuk kemalangan maut.

Sementara itu, baginda turut mengambil kesempatan mengingatkan para anggota tentera bahawa keselamatan sesebuah negara itu tidak terjamin dan tidak menentu.

“Ia bersifat tidak boleh diramal atau diduga dan boleh tercetus atau berlaku (sebarang insiden) pada bila-bila masa, justeru situasi itu memerlukan pasukan keselamatan sentiasa berwaspada dan mampu bertindak dalam masa yang amat singkat,” titah baginda. SUMBER : BERNAMA

Kredit : KL Viral

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post