Hampiir 13 jam disoal siasat, Rosmah akhirnya keluar dari SPRM. Ini kata-kata beliau selepas keluar
Hampiir 13 jam disoal siasat, Rosmah akhirnya keluar dari SPRM. Ini kata-kata beliau selepas keluar |
Rosmah beri keterangan selama 13 jam
PUTRAJAYA 26 Sept. – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan hampir 13 jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.
Beliau yang menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam tiba di Ibu Pejabat SPRM pada kira-kira pukul 9.50 pagi hanya beredar pada kira-kira pukul 10.45 malam.
ARTIKEL MENARIK: [Video] Siti Kassim Meluahkan Perasaan Kecewa Dan Dia Beritahu Melayu Macam Dia Sudah Tak Ramai
Ketika ditanya pemberita selepas selesai memberi keterangan berkenaan, Rosmah berkata, “Saya OK, Alhamdullillah”.
Rosmah yang memakai baju kurung berwarna hijau berbunga emas dan tudung hadir bagi memberi keterangan buat kali kedua kepada SPRM selepas pertama kali dipanggil pada 5 Jun lalu.
Turut kelihatan di perkarangan Ibu Pejabat SPRM dalam tempoh berkenaan adalah peguam kepada Rosmah, K. Kumaraendran.
Jelas Kumaraendran, Rosmah telah selesai memberi keterangan kepada SPRM dan tidak diperlukan untuk hadir ke SPRM esok.
Selain itu, antara turut dilihat hadir memberi sokongan kepada Rosmah adalah Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.
Semalam, sumber memberitahu, Rosmah akan dipanggil lagi oleh SPRM bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd., bekas subsidiari 1Malaysia Development Berhad ( 1MDB).
Pada 5 Jun lalu, Rosmah Mansor telah memberi keterangan selama lima jam kepada SPRM berhubung perkara tersebut.
Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, pihaknya menyerahkan kepada Pejabat Peguam Negara sama ada untuk mendakwa isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau sebaliknya.
“Siasatan terhadap kes (1MDB) telah selesai. Saya tidak boleh kata iya (mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor) atau tidak,” katanya sebagaimana dilaporkan sebelum ini.
Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan Rosmah dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya membabitkan pengubahan wang haram. –
Sumber: Utusan
Post a Comment