Anak Pak Ngah dedah hajat arwah yang tidak kesampaian yang buat Siti Nurhaliza sayu. Memang sebak! 😢😢

Anak Pak Ngah dedah hajat arwah yang tidak kesampaian yang buat Siti Nurhaliza sayu. Memang sebak! 😢😢

Anak Pak Ngah dedah hajat arwah yang tidak kesampaian yang buat Siti Nurhaliza sayu. Memang sebak! 😢😢

Anak Pak Ngah dedah hajat arwah yang tidak kesampaian yang buat Siti Nurhaliza sayu. Memang sebak! 😢😢
Anak Pak Ngah dedah hajat arwah yang tidak kesampaian yang buat Siti Nurhaliza sayu. Memang sebak! 😢😢

KUALA LUMPUR – Hajat komposer popular All*hyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau dikenali sebagai Pak Ngah untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya ke-60 bersama ahli keluarga dan kenalan pada hari ini tidak kesampaian.

Menurut anaknya, Siti Nur Syafrina, 32, berbeza berbanding tahun sebelum ini, perancangan sambutan hari lahir sering dilakukan oleh keluarga.

ARTIKEL MENARIK: “Terhutang budi pada Pak Ngah”-Ini kata2 Datuk Seri Siti Nurhaliza kepada arwah Pak Ngah yang buat peminat sebak


Namun, tahun ini Allahyarham ingin membuat kelainan dengan merancang sendiri sambutan ulang tahun kelahirannya.

“Sebelum me n*nggal abah (nama panggilan bagi All*hyarham) tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda mahu pun perubahan sikap. Keinginan All*hyarham itu secara tidak langsung membuatkan kami berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan.

“Sebelum ini All*hyarham tidak pernah menguruskan hal itu kerana keluarga yang akan menyediakan segalanya. Tetapi sebaliknya ia berbeza kerana tahun ini segalanya Allahyarham ini uruskannya sendiri, ” katanya ketika ditemui Kosmo! di Masjid Jamek Kampung Baru di sini.

Mengulas lanjut, Syafrina memberitahu, All*hyarham mengadu sakit dada dan sesak nafas pada malam Jumaat lalu (21 September) ketika mereka sekeluarga bercuti di Tanjung Pinang, Indonesia.

Susulan daripada itu Allahyarham telah dibawa oleh anak lelakinya, Megat Mohd Syahraini ke Rumah Sakit Provinsi Kepri Tanjung Pinang, Batam bagi mendapatkan rawatan.

Setelah lima hari mendapat rawatan, ahli keluarga kemudian merancang untuk membawa pulang All*hyarham ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan di Hospital Pakar KPJ Tawakal, Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat penerbangan khas dari Indonesia ke Malaysia.

Bagaimanapun, penerbangan tersebut terpaksa berpatah balik ke Indonesia disebabkan Pak Ngah ketika itu berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

“Abah sememangnya mengalami komplikasi jantung, kencing manis dan darah tinggi. Terbaharu, abah dikenalpasti mengalami paru-paru berair. Allahyarham kemudian, me n*nggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sana,” ujar Syafrina.


All*hyarham disahkan me n*nggal dunia di Indonesia manakala jenazah selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang, Johor dari Batam kira-kira pukul 10.15 pagi dan tiba di Masjid Jamek Kampung Baru pukul 3.10 petang.

Lebih 500 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, selebriti dan peminat memberi penghormatan terakhir dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini pada pukul 5.20 petang bersebelahan dengan pusara kedua-dua ibu bapanya.

Selebriti yang hadir antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Datuk M.Nasir, Datuk Nassier Wahab, Zizie Zulkefli, Liza Abdullah, Syura, Wany Hasrita, Datuk Jalaluddin Hassan, Eddrie Hashim, Datuk Ramli MS dan ramai lagi. – K! ONLINE

VIDEO:
Jenazah Pak Ngah selamat dikebumikan.
[#TVKosmo] Jenazah Pak Ngah selamat dikebumikan. https://bit.ly/2Q8KHU3
Posted by Kosmo Online on Wednesday, 26 September 2018

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post