[Video] Siti Kassim Meluahkan Perasaan Kecewa Dan Dia Beritahu Melayu Macam Dia Sudah Tak Ramai
[Video] Siti Kassim Meluahkan Perasaan Kecewa Dan Dia Beritahu Melayu Macam Dia Sudah Tak Ramai |
Siti Kassim, rata rata yang mengikuti arena politik negara mesti kenal siapa Siti Kassim. Beliau seorang aktivis dan juga seorang peguam. Beliau biasanya akan bersuara lantang untuk menegakkan hak hak asasi manusia.
Baru baru ini beliau menolong kaum orang asli di GUA MUSANG TEMIAR ORANG ASLI. Suara lantang beliau tidak selalunya berkenaan hak asasi.
ARTIKEL MENARIK: “Saya Sarankan Pada Ahli Majlis, Jika Tak Tahu Buat Kerja Baik Letak Jawatan. Ini Amaran Saya…, Jangan Pisang Berbuah Dua Kali,” Titah Sultan Ibrahim
Rasa Kecewa Dengan Kerajaan Pakatan Harapan
Aktivis hak asasi manusia yang lantang, Siti Kasim melahirkan rasa kecewa terhadap pentadbiran kerajaan sekarang yang gagal mengawal isu kaum dan agama yang sering ditimbulkan oleh puak pelampau.
Siti Kassim yang hadir pada forum ‘Malaysia Baru: 61 Years after Merdeka, Does Ethnicity and Religion Matter?’ melahirkan kegusaran kerana isu kaum dan agama boleh menjadi barah jika tidak ditangani dengan cermat.
Menerusi rakaman video terbaru, beliau menyatakan apa yang dia harapkan tidak dicapai. Siti Kassim beritahu kerajaan baru seperti tidak buat apa apa berkenaan isu penting. Rasuah dan Ekonomi boleh ditangani tetapi untuk kaum dan agama bagaimana kerajaan nak kawal?
Siti Kassim Antara Melayu Yang Makin Pupus
Siti Kassim beritahu zaman sekarang tidak ramai yang seperti Siti Kassim dan dia antara melayu yang susah dijumpa di zaman sekarang.
Beliau hanya mahukan pembaharuan tentang isu yang dia bangkitkan.
Mari tonton apa Siti Kassim ucapkan.
sumber : Buletin Netizen Kredit Youtube: Kini TV Jamsari Msalehan
“Apa jenis ‘sampah’ ni? Diajar kat sekolah?!” Siti Kasim Persoal Mata Pelajaran Pendidikan Islam Yang Diajar Disekolah
MELAWAN KEJAHILAN DAN FITNAH TERHADAP AGAMA YANG DIBAWA SITI KASSIM
*video Penuh di bawah
Semalam, peguam Siti Kassim membangkitkan persoalan mengenai kewajaran menjadikan had suami memukul isteri bagi kesalahan nusyuz sebagai soalan dalam subjek Pendidikan Islam.
Saya beranggapan bahawa Siti Kassim seorang yang jahil agama dan tidak pernah mendapat pendidikan agama secara formal, sehingga beliau tidak sedar bahawa apa yang beliau persoalkan itu adalah suatu ketetapan yang Allah sebut dalam Surah an-Nisa’ ayat 34:
“…dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.”
Adakah Islam mengajar umatnya memukul isteri? Pertama sekali, perlu difahami apa maksud nusyuz. Nusyuz bukanlah bermaksud ingkar atau melanggar arahan suami bagi perkara yang mudah-mudah spt tidak mengambil air minum atau tidak membasuh baju.
Nusyuz adalah apabila isteri menolak untuk mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak iaitu antaranya;
i) apabila dia menjauhkan dirinya dari suaminya tanpa suaminya menyakitinya atau menyeksanya;
ii) apabila dia meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya, spt keluar rumah tanpa izin, berpeleseran dan mengadakan hubungan dengan orang lain, dan tidak pulang ke rumah; atau
iii) apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak.
Adakah memukul isteri merupakan satu-satunya cara? Tidak! Ia adalah cara terakhir sekiranya isteri masih berdegil dan tiada jalan lain yang boleh dilakukan suami. Dalam Surah an-Nisa’ tadi, Allah menggariskan 3 peringkat bagi menangani isteri yang nusyuz, iaitu;
i) Menasihatinya dengan baik, dengan bahasa yang lemah lembut dan penuh kasih sayang supaya beliau kembali taat dan tidak mengingkari arahan suaminya.
ii) Sekiranya tidak diendahkan, suami harus memboikotnya dengan mengasingkan tempat tidur dari isteri dan tidak bersamanya untuk beberapa minggu atau bulan sehingga kembali taat.
iii) Sekiranya masih tidak diendahkan, maka dibenarkan memukul. Namun pukulan tidak boleh sehingga mencederakan dan hanya bertujuan untuk mendidik.
Apabila disebut memukul, ia bukan memukul seperti yang digambarkan. Islam meletakkan had untuk memukul isteri supaya tidak melampaui batas, antaranya;
i) Tidak boleh sehingga mencederakan, malah tidak boleh sehingga meninggalkan bekas atau parut pukulan yang kekal pada badannya.
ii) Diharamkan sama sekali memukul wajahnya dan alat sulitnya.
iii) Pukulan tidak boleh berkali-kali sehingga menyebabkan kesakitan yang teramat.
iv) Sekiranya isteri menyebut nama Allah, atau isteri terus memohon maaf dan mahu kembali taat, maka tidak boleh meneruskan pukulan dan hak memukul itu hilang sama sekali.
Tindakan Siti Kassim telah mengundang satu persepsi buruk buat bukan Muslim terhadap Islam dan menjadi suatu fitnah buat Islam. Bukanlah Islam yang mengajar agamanya menjadi ganas, tetapi perbuatan Siti Kassim yang menyeleweng dari ajaran agama dan menafsirkannya secara salah itulah yang menyebabkan Islam dilihat ganas.
Sewajarnya tindakan keras dikenakan ke atasnya atas fitnah yang ditimbulkan oleh beliau kepada agama.
Lihat video penuh di bawah
sumber : FB Nazrul Nazir via Matbawang Via cegitucegini
Post a Comment