Fahaman Baru “Yayi Bid’ah”, Nauzubillahiminzalik, Hati2, Dah Ramai Pengikut Ajaran Fahaman Yayi Di Johor & Singapore. Desas Desus Mereka Guna Sihir Untuk Dapat Pengikut. Semoga Allah Lundungi Keluarga Kita

Fahaman Baru “Yayi Bid’ah”, Nauzubillahiminzalik, Hati2, Dah Ramai Pengikut Ajaran Fahaman Yayi Di Johor & Singapore. Desas Desus Mereka Guna Sihir Untuk Dapat Pengikut. Semoga Allah Lundungi Keluarga Kita

Maklumat dan video-video tentang satu ajaran sesat yang didakwa diasaskan oleh seorang rakyat Singapura tersebar di media sosial.

Fahaman Baru “Yayi Bid’ah”, Nauzubillahiminzalik, Hati2, Dah Ramai Pengikut Ajaran Fahaman Yayi Di Johor & Singapore. Desas Desus Mereka Guna Sihir Untuk Dapat Pengikut. Semoga Allah Lundungi Keluarga Kita
Fahaman Baru “Yayi Bid’ah”, Nauzubillahiminzalik, Hati2, Dah Ramai Pengikut Ajaran Fahaman Yayi Di Johor & Singapore. Desas Desus Mereka Guna Sihir Untuk Dapat Pengikut. Semoga Allah Lundungi Keluarga Kita

Menerusi gambar-gambar yang tersebar luas online sejak semalam (14 Ogos), satu aduan mengenai fahaman songsang itu sudah dibuat kepada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan juga kepada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ).

Menjawab pertanyaan BERITAmediacorp hari ini (15 Ogos) MUIS mengesahkan tentang aduan tersebut dan menyifatkan ajaran itu sebagai melanggar Syariat.

ARTIKEL MENARIK: Anwar Ibrahim Buat Kejutan Yang Orang Tak Sangka Bila Tiba Tiba Dia Naik Ke Pentas




Pengasas utama Fahaman Yayi, Parida Jayos. (Gambar: Lebai Kampung/Facebook)

Ajaran yang dipanggil Fahaman Yayi itu dikatakan dimulakan oleh pengasas utamanya, Parida Jayos, seorang wanita dalam lingkungan usia 60an tahun. Dia juga digelar sebagai Intan atau ibu oleh para pengikutnya.

“Jawatankuasa Fatwa telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam menangani aduan tersebut, termasuk meneliti bukti yang dikemukakan pengadu dan menemuduga pihak-pihak yang berkenaan,” menurut MUIS.

MARKAS TERLETAK DI BEDOK & JOHOR

Menurut maklumat yang diperolehi online, Parida didakwa mengaku dirinya sebagai tuhan dan menjanjikan syurga buat semua pengikut yang taat. Fahaman tersebut dipercayai beroperasi di Singapura dan di Johor.



Markas di Singapura. (Gambar: Lebai Kampung/Facebook)

Markas ajaran sesat tersebut dilaporkan terletak di Blok 540 Bedok North Street 3 dan juga di Jalan Sungai Sendok, Tangkak, Johor. Lokasi di Bedok itu dilabel sebagai ‘Rumah Allah’, di mana para pengikut boleh melakukan ibadah haji dan umrah tanpa perlu ke Makkah.


Laporan yang dikirimkan kepada MUIS dan JAIJ itu “mengalu-alukan agar menahan serta menghantar mereka yang terlibat ke pusat-pusat pemulihan akidah”.



Markas di Johor. (Gambar: Lebai Kampung/Facebook)

Ia juga memberi amaran kepada sesiapa yang sudah mendapatkan khidmat atau pernah berubat menggunakan kaedah Fahaman Yayi itu supaya segera menghapuskan semua barang pemberian yang diterima. Ini termasuk garam kasar, air minuman, tangkal dan kemenyan.

AMALAN-AMALAN FAHAMAN YAYI “LANGGAR SYARIAT”

Jawatankuasa Fatwa MUIS juga menegaskan bahawa amalan-amalan Fahaman Yayi, seperti yang dipaparkan dalam aduan tersebut melanggar Syariat.

Sekalipun demikian, Jawatankuasa Fatwa itu tidak dapat mensabitkan bahawa individu yang terlibat adalah pengasas yang menyebarkan ajaran sedemikian.

“Namun, oleh kerana beliau didapati terlibat dalam amalan rawatan alternatif bersama suaminya, beliau telah dinasihati agar memberhentikan aktiviti rawatan tersebut dan mendalami agama daripada asatizah yang bertauliah,” menurut MUIS dalam kenyataannya lagi.

JAWATANKUASA FATWA NEGERI JOHOR BUAT KEPUTUSAN

Tinjauan online BERITAmediacorp juga mendapati pada 1 Mac lalu, Pejabat Kadi Daerah Kulai sudahpun mengeluarkan kenyataan bahawa Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor sudah bersidang dan membuat keputusan Fahaman Yayi itu “adalah ajaran sesat dan bertentangan dengan ajaran Islam”.



Kenyataan dari Jawatankuasa Fatwa Johor. (Gambar: AbAziz Abdullah/Facebook)

Oleh itu, kenyataan yang ditemui online itu, menjelaskan agar “hendaklah disekat dengan apa cara sekalipun daripada disebarkan di Negeri Johor”.

Malah, pengikut Ajaran Yayi yang “berpegang, mempercayai, menyebarkan, mengamalkan dan mendapatkan rawatan perubatan dan perkhidmatan perubatan” turut dinasihatkan “bertaubat”.

FAHAMAN YAYI: TIDAK PERLU PUASA, BAYAR ZAKAT

Antara ajaran yang diamalkan oleh Fahaman Yayi termasuk melarang pengikut daripada berpuasa dalam bulan Ramadan, tidak perlu membayar zakat dan “lebih afdal disalurkan terus kepadanya”.

Dalam penyebaran maklumat itu, ia juga mendedahkan pengikut diminta membawa segenggam gula, garam dan asam setiap kali datang belajar di rumah tersebut. Mantera akan dibacakan ke dalam bahan-bahan tersebut dan “mesti digunakan semasa menyediakan makanan untuk keluarga masing-masing terutama untuk para suami yang bukan dari kalangan pengikut agar tunduk dan tidak menjadi penghalang kepada ajaran mereka”.

Perintah daripada Fahaman Yayi juga dikeluarkan supaya “meninggalkan saja rumah tangga jika pasangan mereka menjadi penghalang atau enggan mengikuti” ajaran sesat itu. “Pasangan ghaib” kemudian akan dipadankan dan mendatangi mereka semasa mereka tidur sebagai “imbalan”.


Antara amalan Fahaman Yayi. (Gambar: Lebai Kampung/Facebook)

SOLAT TANPA BATAS WAKTU, TIDAK PERLU HADAP KIBLAT

Turut tersebar adalah panduan solat Fahaman Yayi yang antara lain hanya menjelaskan perlu solat sekali dalam sehari tanpa batas waktu dan tidak perlu menghadap arah kiblat serta tidak ada rukuk mahupun sujud.

Solat Fahaman Yayi juga dikatakan hanya perlu dimulakan dengan seruan memberi salam kepada Yayi dan kemudian membayangkan muka “Ketua Ajaran atau Jelmaan Tuhan” itu.

SUMBER : Seek Truh Via Lubok Cerita Express.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post