PETALING JAYA – Satu kaji selidik persepsi mendapati, rakyat berpuas hati dengan pencapaian pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan selama 100 hari, namun ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki dan ditambah baik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kajian dapati Rakyat Puas Hati Pencapaian 100 Hari K’jaan PH – Tun Mahathir |
Perdana Menteri berkata kaji selidik dalam talian membabitkan hampir 500,000 responden itu mendapati persepsi rakyat lebih banyak menunjukkan tanda positif berbanding reaksi negatif.
“Ada yang memberi pendapat, walaupun pentadbiran ketika ini tidak mencapai (kejayaan) apa yang mereka inginkan, namun mereka berpuas hati.
ARTIKEL MENARIK: Tun Mahathir Umum Gaji Minimum RM1050 Dan Bukan RM1500 Seperti Dijanjikan. Ini Sebab Kenapa Tun Mahathir Buat RM1050
“Ada juga yang memberi reaksi negatif. Contohnya dalam isu pengangkutan, mereka tidak berpuas hati dengan jumlah perbelanjaan membabitkan MRT namun mereka menunjukkan reaksi positif kepada fasiliti dan kemudahan yang disediakan,” katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor hari ini.
Dr Mahathir berkata kaji selidik yang dibuat syarikat swasta itu juga mendapati rakyat tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan dalam membanteras rasuah dan bertindak lebih agresif terhadap pemimpin yang didakwa terlibat rasuah dan penyelewengan.
Perdana Menteri menarik perhatian, kaji selidik itu juga mendapati rakyat berpuas hati dengan kejayaan kerajaan membatalkan undang-undang yang dilihat tidak adil sebelum ini dan pengenalan undang-undang baharu seperti Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). – BERNAMA
Sumber: FMT
Pakatan Harapan akui 100 hari memang tak cukup
KERAJAAN hari ini mengakui Pakatan Harapan (PH) memerlukan lebih masa untuk menunaikan semua janji yang mahu dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memerlukan lebih masa untuk melaksanakan semua janji itu disebabkan kerosakan yang berlaku kepada negara.
Dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa di Masjid Al Hana di Kuah, beliau yang juga ahli Parlimen Langkawi, tidak menyatakan secara jelas kerosakan yang dimaksudkan itu, tetapi difahamkan ia merujuk kepada hutang negara.
“Pada kempen yang lalu, kita telah membuat janji untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.
“Tetapi, semua janji-janji itu dibuat disebabkan tidak ada maklumat yang mencukupi. Kita tidak tahu tahap kerosakan negara.
“Justeru, kita terpaksa mengaku mungkin kita terpaksa ambil masa lebih dari 100 hari untuk selesaikan semua janji-janji dan saya harap rakyat faham bukan senang nak mentadbir negara dalam keadaan sekarang,” ujarnya lagi.
Turut hadir adalah isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mat Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan isteri Tok Puan Norzieta Zakaria dan Pengarah Eksekutif BR Group, Datuk Arshad Desa.
Dalam ucapan itu, Dr Mahathir turut menyeru rakyat Malaysia untuk kembali bersatu selepas selesai proses PRU-14.
Sambil melahirkan kesyukuran kerana proses peralihan kuasa di peringkat kerajaan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan dan pertumpahan darah, beliau berkata perbezaan fahaman politik tidak perlu terbawa-bawa sehingga wujud perpecahan di kalangan masyarakat, khususnya di bulan Ramadan yang mulia ini.
“Kita perlu bersyukur dengan nikmat keamanan ini dan saya berharap agar permusuhan politik tidak melarat selepas selesai Pilihan Raya Umum
“Kita mesti berusaha pertahankan keamanan ini sebagai tanda kita mensyukuri nikmat, selari dengan tuntutan agama kerana Allah berfirman dalam Al-Quran, apabila kita bersyukur dengan nikmat Allah, Dia akan tambah lagi nikmat kepada kita,” ujarnya lagi.
Dr Mahathir juga menyeru kepada umat Islam supaya menjaga hubungan dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara.
Beliau berkata biarpun ada di kalangan masyarakat Islam yang sangsi dengan penganut agama lain, tetapi ia menasihatkan ia perlu dielakkan menjadi terlalu keras sehingga tiada interaksi langsung dengan masyarakat bukan Islam.
“Inilah kelebihan negara ini, masyarakat agama lain juga menghormati Islam dan inilah yang kita mesti pelihara,” katanya lagi.
Sumber: Hmetro
Post a Comment