Anwar Ibrahim Buat Kejutan Yang Orang Tak Sangka Bila Tiba Tiba Dia Naik Ke Pentas

Anwar Ibrahim Buat Kejutan Yang Orang Tak Sangka Bila Tiba Tiba Dia Naik Ke Pentas

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pesanan kepada penduduk yang hadir dan menyeru mereka mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) serta turut membantu kemenangan beliau pada satu lagi pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Anwar Ibrahim Buat Kejutan Yang Orang Tak Sangka Bila Tiba Tiba Dia Naik Ke Pentas
Anwar Ibrahim Buat Kejutan Yang Orang Tak Sangka Bila Tiba Tiba Dia Naik Ke Pentas

Anwar berkata demikian dalam ucapan menyantuni pengundi kaum India di kawasan pilihan raya kecil Seri Setia malam tadi.

ARTIKEL MENARIK: ‘AG pemurah, mohon lepaskan saya macam Guan Eng’ – Jamal




Sumber: KINI TV

Anwar menari, nyanyi lagu Tamil curi tumpuan hadirin

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menang Presiden PKR tanpa bertanding baru-baru ini mencuri perhatian para hadirin dengan menunjukkan bakatnya menari dan menyanyi lagu popular Tamil “Naan Aanai yithal” yang dipopularkan oleh artis lagenda Kollywood terkenal yang kini menjadi ahli politik, MG Ramachandran atau MGR.

Tarian dan lagu itu merupakan lagu kegemaran Anwar yang bermaksud jika berkuasa, “tiada siapa akan miskin, tiada siapa akan menangis.”

Anwar turut beramah mesra bersama masyarakat India dan pemimpin India tempatan.
Turut hadir menemani beliau ialah calon HARAPAN Halimey Abu Bakar pada majlis malam kebudayaan komuniti India di Desa Mentari malam tadi.




Sumber: KINI TV

Anwar pernah tolak tawaran jawatankuasa presiden UIAM

anwar-ibrahim.jpg?resize=696%2C396&ssl=1


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sebelum ini pernah menolak tawaran jawatan sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kini disandang Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Anwar berkata pada masa ini, perkara penting baginya adalah memberi sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kerja saya sekarang apa? Tidak ada jawatan apa-apa…saya beritahu kepada Tun Mahathir juga, ketika ini saya tidak mahu apa-apa.

“Baru-baru ini dicadangkan sebagai presiden UIAM, juga saya tidak mahu kerana saya nak sokong kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir supaya kuat,” katanya ketika berucap pada ceramah perdana bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di sini pada Khamis.

Turut hadir calon PH bagi PRK DUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM mencetuskan kritikan termasuk daripada Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R. Sivarasa yang berkata pelantikan itu perlu dikaji semula supaya ia selaras dengan manifesto kerajaan PH

SUMBER : Sarawak Voice via kicappedas

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post