Najib Razak Buka Mulut Dan Beritahu Kenapa Proton Berada Di Bawah Syarikat China Geely. Memang Tak Sangka

Najib Razak Buka Mulut Dan Beritahu Kenapa Proton Berada Di Bawah Syarikat China Geely. Memang Tak Sangka

Najib Razak Buka Mulut Dan Beritahu Kenapa Proton Berada Di Bawah Syarikat China Geely. Memang Tak Sangka

Najib Razak Buka Mulut Dan Beritahu Kenapa Proton Berada Di Bawah Syarikat China Geely. Memang Tak Sangka
Najib Razak Buka Mulut Dan Beritahu Kenapa Proton Berada Di Bawah Syarikat China Geely. Memang Tak Sangka

Geely kini peneraju kenderaan tenaga baharu China

RAKAN strategik Proton Holdings Bhd, Geely Auto Group, yang kini merupakan jenama kereta milik persendirian terbesar China, telah memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran kenderaan tenaga baharu China.

ARTIKEL MENARIK: Najib Dakwa Peminjam Tak Bayar PTPTN Sebab Hasutan PH


Pada pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2018 (Auto China 2018), Geely pada 25 April, memperkenalkan dua model baru yang memberi tumpuan kepada tenaga baharu dan memberi jaminan bahawa lebih banyak pembangunan model pada masa akan datang.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group, An Conghui, berkata China akan menjadi pusat global revolusi pembangunan kereta kuasa atau tenaga baharu, dengan itu menjadikan industri automotifnya lebih kuat dan lebih berdaya tahan.

“Sebagai sebuah jenama automotif China yang terkemuka, kami menyedari bahawa persaingan dalam era baru ini akan muncul dalam bentuk perang teknologi dan kami perlu menerajui inovasi teknologi untuk menjadi pelopor zaman baru ini,” kata An pada pelancaran kereta sedan utama Geely untuk tenaga baharu, “Bo Rui GE”, dan kereta konsep futuristiknya, “Icon Concept”, di pameran Auto China 2018.

Beliau menjelaskan bahawa Geely menyedari perkara ini 12 tahun lalu ketika memulakan penyelidikannya dalam sektor tenaga baru dengan melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, mengintegrasikan sumber daya globalnya, serta memperkukuh kolaborasi strategik dengan Volvo.

“Kami telah mendapatkan khidmat kira-kira 2,500 ‘minda cemerlang’ di seluruh dunia dalam kejuruteraan tenaga baharu semata-mata untuk memberi tumpuan kepada pembangunan hibrid, kenderaan elektrik, sel bahan api dan teknologi bahan api alternatif.

“Geely kini menerajui dalam teknologi tenaga baharu bersama-sama dengan hak harta intelek teras berkaitan. Geely terus berusaha dalam pembangunan teknologi asas dalam bidang tenaga baharu,” kata beliau.

Ini, katanya, sejajar dengan ‘Inisiatif Blue Geely’ yang diumumkan pada akhir 2015, di mana syarikat menyasar untuk menghasilkan kenderaan tenaga baru secara besar-besaran menjelang 2020.


Proton Yang Pilih Geely. Bukan Saya. – Najib Razak

NAJIB TUN RAZAK


Pemilihan syarikat Zhejiang Geely Holding (Geely) sebagai rakan strategik Proton Holdings Berhad (Proton) dibuat oleh pengeluar kereta tempatan itu dan bukannya kerajaan.

Perkara itu dijelaskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan hanya menetapkan salah satu syarat supaya Proton mempunyai rakan strategik sebagai ‘jalan keluar’ kepada masalah dihadapi syarikat itu sehingga tidak mampu membayar vendornya.

Katanya, kerajaan pada ketika itu perlu memberi ‘soft loan’ bernilai RM1.5 bilion serta geran kajian dan penyelidikan kira-kira RM1.2 bilion kepada Proton untuk membantu syarikat pengeluar kereta tersebut.
“Salah satu syarat kita kata Proton perlu ada syarikat rakan strategik. Bila ada rakan strategik, kita tahu masa depan terjamin, cumanya kerajaan (ketika itu) tidak beritahu siapa.


“Tidak kira Peugeot ke, Geely ke, Renault ke, Volkswagen ke, terpulang kepada Proton. Yang pilih Geely ini ialah Proton, boleh tanya pada Proton, mereka yang pilih, mati-matian mahu Geely, bukan keputusan saya mahu syarikat China atau apa,” katanya.

Beliau berkata demikian seperti dipetik daripada rakaman video ketika berbual dengan beberapa penduduk dan ahli UMNO ketika mengunjungi Tanjung Malim, Perak kelmarin serta dimuat naik ke dalam laman Facebook beliau, hari ini

SUMBER : UTUSAN ONLINE

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post