Sisters in Islam Desak Peguam Negara Kaji Semula Undang-Undang Syariah

Sisters in Islam Desak Peguam Negara Kaji Semula Undang-Undang Syariah

Sisters in Islam Desak Peguam Negara Kaji Semula Undang-Undang Syariah

Sisters in Islam Desak Peguam Negara Kaji Semula Undang-Undang Syariah
Sisters in Islam Desak Peguam Negara Kaji Semula Undang-Undang Syariah

KUALA LUMPUR: Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Jantina (JAG) menggesa kerajaan menghentikan hukuman dera, terutama hukuman sebat, untuk semua jenayah sama ada bawah undang-undang sivil atau syariah.

Pengarah Eksekutif Sisters in Islam (SIS) Rozana Isa berkata hukuman sebat tidak berperikemanusiaan kerana ia meninggalkan kesan masa panjang kepada fizikal, mental dan emosi pelaku.

ARTIKEL MENARIK: Akhirnya Russia bongkar dalang sebenar tragedi pesawat MH-17 sekali dengan bukti bergambar. Tak Sangka


“Ini hukuman yang kejam dan zalim walaupun diperkatakan, dicanang dan dijaja bahawa hukuman yang dilakukan di mahkamah syariah tersebut tidak sekeras yang dijatuhkan dalam mahkamah sivil.

“Ini bukan pertandingan yang mana satu lebih kurang sakitnya dan sebagainya sebab kalau kita kaji, hukuman itu sebenarnya sesuatu yang amat memalukan,” katanya pada sidang media di sebuah kafe hari ini.

Turut hadir pengasas bersama Justice for Sisters Thilaga Sulathireh, Pesuruhjaya Suhakam Datuk Lok Yim Peng dan Ahli Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) Honey Tan.

Gesaan itu susulan hukuman sebatan rotan di khalayak terhadap 2 orang wanita dalam 1 kes lesbian di Terengganu awal bulan ini yang menjadi perbualan masyarakat.

Antaranya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang merasakan hukuman di khalayak tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa dalam Islam, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa pula berkata tindakan sebatan rotan di khalayak perlu dikaji semula.

Lebih 100 orang berada di galeri awam menyaksikan pelaksanaan hukuman 6 sebatan rotan ke atas 2 wanita berusia 32 dan 22 tahun itu.

Rozana berkata JAG menghantar memorandum kepada kerajaan 30 Ogos lalu yang menggariskan asas bagi pemansuhan hukuman dera “mengikut beberapa perspektif dari segi syariah, perlembagaan dan perundangan seiring dengan prinsip hak asasi manusia”.


Honey berkata menyeru Peguam Negara Tommy Thomas menyemak semula undang-undang jenayah syariah bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, sebarang perkara berkenaan undang-undang adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan.

“Anggapan yang mengatakan kerajaan persekutuan tidak mampu berbuat apa-apa tentang enakmen hukuman syariah adalah tidak betul, ” katanya.

Terdahulu kerajaan melalui Menteri Undang-undang Datuk Liew Vui Keong berkata kerajaan persekutuan tidak boleh campur tangan dalam soal undang-undang syariah kerana Perkara 1 Senarai 2 Jadual ke-9 Perlembagaan menyatakan hal ehwal Islam adalah hak negeri. – FMT

SUMBER : Helangmerah.com

SUMBER :  Lubok Cerita Express.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post