PUTRAJAYA – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos hari ini hadir ke Jabatan Peguam Negara bagi menghantar surat rayuan untuk memohon pengguguran semua kes pertuduhan mahkamah yang dihadapinya.
‘AG pemurah, mohon lepaskan saya macam Guan Eng’ – Jamal |
Beliau yang hadir bersama peguamnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Mohd. Imran Tamrin yakin dengan kewibawaan Peguam Negara, Tommy Thomas berdasarkan pelbagai kes-kes pendakwaan yang digugurkan sebelum ini termasuk kes pertuduhan rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
“Pemilihan Tommy (sebagai Peguam Negara) cukup baik. Ini kerana semenjak beberapa bulan ini, saya lihat Peguam Negara sangat bermurah hati dengan membebaskan beberapa orang.
ARTIKEL MENARIK: Hukuman sebat: ‘Jangan tunjuk imej Islam bengis, aibkan umat’ – Tun M
“Ramai orang yang marah kepada AG (Peguam Negara), jangan marah, mereka marah sebab tidak mohon, mana-mana pihak boleh memohon membuat surat representasi untuk mengugurkan kes,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan hadapan Jabatan Peguam Negara.
Jamal bersama peguamnya menghantar surat permohonannya kepada Pegawai Khas di Jabatan Peguam Negara, Wasri Ahmad Sujani.
Menurut Jamal, beliau sedang menghadapi tiga kes pertuduhan di mahkamah serta dua kes lagi dalam siasatan untuk pertuduhan. – UTUSAN ONLINE
Kredit : Wowberita
Post a Comment