(Video) Derita kejang otot muka kerana kerap main gajet lebih 9 jam setiap hari

(Video) Derita kejang otot muka kerana kerap main gajet lebih 9 jam setiap hari

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dari Filipina mengalami kekejangan otot di bahagian muka akibat bermain permainan video terlalu lama, lapor Daily Mail.

(Video) Derita kejang otot muka kerana kerap main gajet lebih 9 jam setiap hari
(Video) Derita kejang otot muka kerana kerap main gajet lebih 9 jam setiap hari

John Nathan Lising, dikatakan kerap bermain permainan video lebih dari 9 jam setiap hari dan secara tiba-tiba mengalami kekejangan otot di bahagian muka yang menyebabkan matanya berkedip dan bibirnya bertindak di luar kawalan tanpa henti sejak 23 Julai lalu.

ARTIKEL MENARIK: 82 orang dikhuatiri maut dalam gempa bumi Lombok




Bimbang melihat keadaan John, bapanya, Edgar, 41, dan ibunya, Judeem 40, segera membawa John ke hospital berdekatan. Doktor berkata, pemeriksaan mendapati otak kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang masalah. 

Walaupun tiada bukti konklusif bahawa keadaan John menjadi seperti itu kerana ketagihan bermain permainan video, doktor menasihatkan pasangan berkenaan tidak memberi anak mereka menggunakan telefon pintar atau gajet buat sementara waktu. 

1.jpg

Jelas doktor, gejala yang dialami John itu kelihatan sama seperti Focal Seizure, yang menjejaskan fungsi sebelah otak. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat mendiagnosis keadaan sebenar John kerana kekurangan bukti untuk menentukan puncanya. 

Namun, Edgar percaya, anaknya menjadi seperti itu berpunca dari ketagihan bermain permainan video.


"Anak saya selama ini sihat. Dia tak pernah ada sebarang masalah kesihatan sebelum ini. Dia menjadi seperti itu sejak 23-24 Julai tanpa henti. Saya pasti, penggunaan gajet tanpa henti menjadi puncanya," katanya. 


Seminggu selepas itu, John masih mengalami masalah yang sama setiap 20-30 minit walaupun dia telah berhenti bermain permainan video. 

Pasangan itu kemudian membawa anak mereka ke Pusat Perubatan St. Luke untuk mendapat pandangan kedua dari pihak berkenaan, namun mereka juga gagal mengenal pasti punca permasalahan John. 

"Anak saya betul-betul menderita dan saya tidak tahu apa lagi yang kami boleh lakukan," kata Judee. 

"Sebaik saja dia bangun dari tidur, dia menonton televisyen. Bila balik dari sekolah jam 3 petang, sehingga ke tengah malam, dia akan bermain permainan di telefon atau tabletnya. 

"Dia cuma bermain permainan kanak-kanak, bukannya permainan yang berunsur keganasan. 

"Doktor kata keadaannya seperti itu mungkin disebabkan terlalu lalu menghabiskan masa dengan gajet, tetapi tiada bukti yang dapat menyokong dakwaan itu.

"Namun sebagai ibu, saya pasti inilah (gajet) yang menyebabkan dia jadi begitu dan kami terpaksa melarangnya dari menggunakan sebarang permainan elektroniknya lagi," kata Judee.

Kredit : The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post