Siapapun Kita Hari Ini Dengan Harta, Pangkat Dan Darjat, Pasti Tidak Akan Mampu Bayar Setitik Air Susu Ibu

Siapapun Kita Hari Ini Dengan Harta, Pangkat Dan Darjat, Pasti Tidak Akan Mampu Bayar Setitik Air Susu Ibu

Bilamana kita bercakap soal kasih sayang, kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya melampaui nyawanya sendiri.

Siapapun Kita Hari Ini Dengan Harta, Pangkat Dan Darjat, Pasti Tidak Akan Mampu Bayar Setitik Air Susu Ibu
Siapapun Kita Hari Ini Dengan Harta, Pangkat Dan Darjat, Pasti Tidak Akan Mampu Bayar Setitik Air Susu Ibu

Bayangkan seorang ibu boleh melahirkan ramai anak, menjaga, mendidik, mengajar dan memberi segala kasih sayang cinta dan apa ada padanya.

ARTIKEL MENARIK: 'Janji Awak Tertunai, Saya Orang Terakhir Bagi Awak'



Seorang ibu, sanggup bergadai harta benda dan nyawa demi membesarkan anak-anak. Begitu besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap kesayangan-kesayangannya sampai sanggup mencurahkan segala-galanya. Setiap orang akan mempunyai ibu, dan ibu itulah satu-satunya ibu yang mereka ada di dunia ini.

Kasih ibu kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang dan malam, memberi segala kudrat yang ada dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungannya yang dijaga penuh selama sembilan bulan.

Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan kasih sayang dan pengorbanannya melebihi segalanya.


Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak.


Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu.

Tetapi bilakah kali terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka .Ambillah kesempatan yang ada semasa hidup dan jika sudah tiada janganlah lupa mendoakan kebahagian mereka di sana.


Oleh yang demikian, jagalah ibu kita dengan sepenuh kasih sayang sepertimana beliau mengasihi kita, umpama menatang minyak yang penuh. Ingatlah, sesiapa sahaja yang berbakti terhadap kedua ibu bapanya, pasti akan mendapat banyak nikmat di dunia ini.

Tanpa ibu, siapalah kita ini. Walau sebesar mana pangkat kita, sebanyak mana harta kita, tidak akan mampu membayar walau setitik air susu ibu. Santunilah ibu kita dengan lemah lembut dan sopan santun. Dan ingatlah, keberkatan hidup kita bermula bagaimana kita melayan ibu kita.

Ibu, Engkaulah Ratu hatiku.

Sumber : Nok Geroh

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post