JAKARTA – Sekurang-kurangnya 82 orang kemungkinan maut dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda Lombok semalam.
82 orang dikhuatiri maut dalam gempa bumi Lombok |
Bencana alam itu turut mengakibatkan beratus-ratus orang cedera, menurut pihak berkuasa.
Runtuhan daripada sebuah bangunan yang terjejas akibat gempa bumi di utara Lombok, semalam. foto Agensi
ARTIKEL MENARIK: (Video) Ada Bau Busuk, Saya Bakar La Sampah Tu, Rupanya Saya Terbakar Mayat Bayi Sekali
Gempa bumi dengan 7 magnitud memusnahkan beratus-ratus bangunan dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Kejadian itu berlaku selepas seminggu destinasi popular pelancong itu dilanda gempa bumi dengan 6.4 magnitud yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh.
Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, gempa terkini yang berlaku di luar perairan utara Lombok itu merekodkan kedalaman 10 kilometer dan amaran tsunami dikeluarkan namun ditarik balik beberapa jam kemudian.
Gempa itu turut dirasai di Bali. – MalaysiaGazette
Post a Comment