‘Saya Tak Mahu Golongan Ini Disakiti & Tiada Tindakan Yang Boleh Diambil Kepada LGBT’ – Menteri Agama

‘Saya Tak Mahu Golongan Ini Disakiti & Tiada Tindakan Yang Boleh Diambil Kepada LGBT’ – Menteri Agama

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan rakyat negara ini berhubung pelaksanaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menangani isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender).

‘Saya Tak Mahu Golongan Ini Disakiti & Tiada Tindakan Yang Boleh Diambil Kepada LGBT’ – Menteri Agama
‘Saya Tak Mahu Golongan Ini Disakiti & Tiada Tindakan Yang Boleh Diambil Kepada LGBT’ – Menteri Agama

Ujarnya, usaha kearah menangani masalah ini hanya boleh ditangani sekiranya dikaitkan dengan Akta Jenayah dan aktiviti mempromosikan budaya songsang ini.

“Apa yang kamu (wartawan) mahu saya buat. Awak mahu saya tangkap mereka-mereka ini? “Anda mahu saya letak mereka dalam penjara sebab (aktiviti mereka), saya telah jelaskan kalau melibatkan jenayah dimana ia dimaktubkan dalam undang-undang. “Kedua bab mempromosikan (LGBT), kamu tidak boleh lebih dari itu.

ARTIKEL MENARIK: Memang Sporting Lah Tengku Puan Pahang Ni, Rilex Je Bawak lagu JUJUR dari kumpulan RADJA… Live Band lagi tu!..


ni langkah terbaik yang pernah kami buat dalam memastikan isu ini ditangani sebab awak kata tadi isu ini sensitif,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.





SEBELUM INI WANITA UMNO MENGESA KERAJAAN PH MENGHALANG KEMPEN LGBT IKUTI ARTIKEL PENUH DIBAWAH

KUALA LUMPUR: Pergerakan Wanita Umno hari ini menggesa kerajaan mengambil tindakan pantas dan tegas untuk menghalang kempen menghalalkan gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT) di negara ini.


Ketuanya, Datuk Noraini Ahmad berkata, tindakan tersebut perlu memandangkan Islam merupakan agama rasmi negara ini yang secara jelas mengharamkan LGBT dan menghalalkan gaya hidup golongan tersebut merupakan hak yang berlebihan untuk diminta dalam sesebuah negara Islam seperti Malaysia.

“Saya percaya, kempen yang bermula dari menuntut hak sama rata golongan LGBT yang bertentangan dengan agama ini akan menjadi punca kerosakan institusi sosial yang lebih besar terhadap masyarakat di negara ini.

“Kita menentang penghinaan dan diskriminasi terhadap golongan LGBT yang berusaha mendapat bantuan dalam menyelesaikan kekeliruan perasaan mereka, baik dari sudut spiritual mahupun perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya tanpa provokasi, mana-mana individu di Malaysia tidak pernah dinafikan hak asasi mereka dalam menjalani kehidupan seharian mereka.


Beliau berkata sebagai wanita dan ibu, Wanita Umno tidak akan membenarkan golongan LGBT ini dihalalkan perlakuan mereka dalam masyarakat kerana ia bukan jalan penyelesaian kepada isu LGBT.

Noraini berkata walaupun golongan berkenaan mendakwa bukannya meminta perkahwinan sejenis tetapi beliau bimbang dengan apa akan terjadi pada masa akan datang di mana perkahwinan sejenis di negara lain bermula daripada perjuangan menuntut kononnya hak asasi sama rata untuk golongan LGBT.

Sebelum ini, aktivis masyarakat Datin Paduka Marina Mahathir menyatakan komuniti LGBT di negara ini hanya mahukan kesamarataan dari sudut hak asasi manusia yang terkandung dalam perlembagaan seperti mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa diskriminasi.

Jelasnya, golongan tersebut tidak langsung meminta hak tambahan yang boleh mencabar undang-undang seperti menghalalkan perkahwinan sejenis.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post