3 beradik yatim piatu, ibu bapa maut dirempuh treler

3 beradik yatim piatu, ibu bapa maut dirempuh treler

Tiga kanak-kanak menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan jalan raya di Parit 1, Api-Api, Pontian, 3.30 petang hari ini.

3 beradik yatim piatu, ibu bapa maut dirempuh treler
3 beradik yatim piatu, ibu bapa maut dirempuh treler

Mangsa, Ahmad Mohd Noor, 49, dan Rohana Kosnan, 46, maut di lokasi kejadian.

Menurut abang Ahmad, Hussin Mohd Nor, 52, mangsa bersama isterinya dalam perjalanan ke pejabat tanah kerana berurusan di Pejabat Tanah Pontian.

ARTIKEL MENARIK: (10 Gambar) Suami isteri maut kereta bertembung treler


Katanya, pasangan itu mempunyai tiga anak lelaki berusia enam hingga 12 tahun dan kali terakhir beliau berjumpa ialah ketika menziarah mereka di rumahnya di Lorong Sulaiman, Kampung Parit Panjang, dekat sini, semalam.

“Sehari sebelum kejadian, saya pergi melawat mereka di rumah. Ketika pertemuan itu, mereka kelihatan ceria dan sentiasa tersenyum. Saya tidak menyangka ia pertemuan terakhir,” katanya.


Hussin berkata, abangnya bekerja sebagai petani dan sentiasa disenangi ahli keluarga termasuk di pihak keluarga isterinya kerana sentiasa bersifat murah hati walaupun berpendapatan rendah.

Kakak Rohana, Zaiton Kosnan, 54, tidak menyangka pasangan sejoli itu meninggal bersama dalam kemalangan itu.

Difahamkan jenazah pasangan suami isteri itu akan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Permatang Palas, Benut, malam ini.

Kredit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post