‘Rompak’ duit GST RM19.25 bilion, Lim tanya 3 soalan ‘panas’ pada Najib

‘Rompak’ duit GST RM19.25 bilion, Lim tanya 3 soalan ‘panas’ pada Najib

PETALING JAYA: Lim Guan Eng mendesak bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menjawab 3 soalan berhubung kekurangan RM19.25 bilion dalam akaun amanah GST, atau Tabung Bayaran Balik GST.

‘Rompak’ duit GST RM19.25 bilion, Lim tanya 3 soalan ‘panas’ pada Najib
‘Rompak’ duit GST RM19.25 bilion, Lim tanya 3 soalan ‘panas’ pada Najib

Menteri kewangan berkata kekurangan itu mengakibatkan sebanyak 121,429 syarikat dan individu tidak menerima bayaran balik GST sejak 2015, yang dianggarkan berjumlah RM19.4 bilion setakat 31 Mei 2018.

“Pertama, adakah Najib meluluskan keputusan agar pembayaran balik GST tidak dibuat dalam masa 2 minggu seperti yang ditetapkan undang-undang?

ARTIKEL MENARIK: LGBT : jangan sedap mulut, kaji dulu baru cadang! Timb Menteri Agama PH dikecam Persatuan OKU


“Kedua, adakah Najib meluluskan keputusan Tan Sri Mohd Irwan Serigar untuk tidak memindahkan keseluruhan RM82.9 bilion yang diminta kastam, tetapi hanya memindahkan RM63.5 bilion sejak 2015?

“Ketiga, adakah Najib memberikan kelulusan agar jumlah pembayaran balik GST yang tidak dikembalikan sejak 2015 dianggap sebagai hasil pendapatan kerajaan untuk digunakan secara sesuka hati?”

Lim berkata 3 soalan ini diajukan kerana Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T Subromaniam berkata kastam telah menuntut wang tersebut daripada Jawatankuasa Tabung Bayaran Balik GST yang dipengerusikan Irwan, ketua setiausaha Perbendaharaan ketika itu.


“Sungguhpun segala keputusan dibuat oleh Irwan, Najib masih memainkan peranan yang penting sebagai menteri kewangan dalam memastikan Tabung Bayaran Balik GST mempunyai dana yang mencukupi,” katanya.

Lim berkata kerajaan komited untuk membuat pembayaran balik mulai tahun depan bagi jumlah dana yang “ditahan secara salah” oleh pentadbiran lepas.

Najib sebelum ini berkata kerajaan PH mungkin sudah membelanjakan wang dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan yang sepatutnya disalurkan ke akaun amanah tuntutan GST bagi menampung perbelanjaan bulanan kerajaan.

Ini kerana kerajaan PH kehilangan pendapatan selama 3 bulan apabila kadar GST diturunkan ke 0% dan SST belum dilaksanakan, katanya.

Najib meminta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyiasat kehilangan RM19.25 bilion itu.



kicappedas
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post