Sebuah video menjadi tular dikatakan berlaku kawasan Kuala lumpur memetik dari pemilik akaun Azri Arip yang kongsikan video tersebut
Ibu aku pangku baby 2 bulan terpelanting! Bas tu siap langgar lagi 20 biji kereta |
Bas ni rempuh kereta, kereta terbabas rempuh kedai burger aku. ibu aku pangku baby 2 bulan terpelanting. Aku kejar dari keramat au2 sampai ampang nak masuk mrr2 dengan kaki ayam tak pakai baju. hampir 20 biji kereta dia rempuh.
ARTIKEL MENARIK: Ramai Tak Perasan Reaksi Tun M Sewaktu Nazri Angkat Sumpah Ahli Parlimen
Setelah kejar Bas tersebut akhirnya pemandunya dapat ditangkap dan dibelasah oleh lelaki dan rakan-krakan tersebut. Mereka dihalang dari terus memukul pemandu berkenaan
Apa yang mereka tidak puas hati kerana pemandu bas tersebut kurang ajar apabila langgar terus melarikan bas tersebut hingga melanggar kereta-kereta yang lain
tindakan seperti ini sangat merbahayakan kepada orang lain
Antara komen netizen tentang isu ini
Sharifah Zainab SZ Kalau brek tak berfungsi pun, die bukan main lagi pecut bas tu, bodoh gile org yang comment cakap jangan mengadili sebelum siasatan pihak berkuasa keluar. Die dah langgar orang kot, kalau brek tak berfungsi sekalipun he could have just slow down and d bus will eventually berenti jugak then bukak mirror cakap pasal apa, bukan nya lari sambil tekan minyak lagi. Kau drive bus kot kau nak lari ceruk mane hanat!!
Mohd Redza Mohd Ramli Balun je patut..kalo mslh brek lebih baik hentam bhgn tepi jalan dr langgar keta..cube ada motor kt dpn tu mmg die langgar skali punye.. yg backup2 tu acah2 mcm baik..kalo dah kn od famili sendiri br ko meroyan..
Nora Froggybundle Harap2 baby dgn mak dia okey la.. Kecik lagi baby tu.. Mmgla dia naik angin.. Emak tu.. Sapa x syg emak..
Mohd Redza Mohd Ramli Balun je patut..kalo mslh brek lebih baik hentam bhgn tepi jalan dr langgar keta..cube ada motor kt dpn tu mmg die langgar skali punye.. yg backup2 tu acah2 mcm baik..kalo dah kn od famili sendiri br ko meroyan..
JADI SEBAGAI SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM PENULIS INGIN KONGSIKAN KEPADA ANDA AGAR MENGAMALKAN 12 PERKARA INI SUPAYA DI HINDARI MUSIBAH
Anda Sering Dilanda Musibah. Amalkan 12 Perkara Ini, Insha-Allah Kita Terhindar Dari Musibah.
Teringat suatu masa dahulu, ada seseorang pernah mengadu tentang dirinya yang sering ditimpa musibah dalam hidup. Beliau hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan. Asakan demi asakan diterima bertalu-talu tanpa henti bagai peluru yang menghentam sebuah bangunan sehingga habis berlubang sana sini.
Itulah sedikit analogi yang dapat digambarkan keadaan beliau waktu itu. Hati remuk dan kecewa mempersoalkan nasib malang yang menimpa dirinya.
“Kenapa semua ini berlaku padaku? Kenapa tidak pada orang lain?”
“Katanya, Allah itu ada dengan hambaNya, kenapa diberi dugaan sebegini pada orang yang lemah seperti aku.”
“Di mana Allah? Saban hari aku berdoa agar dilepaskan bebanan dugaan hidup ini. Aku dah tak sanggup. Tetapi, semakin aku berdoa semakin banyak dugaan diberi. Bahkan ditambah-tambah lagi. Ya Tuhan, tidak kasihankah engkau dengan diriku?”
Ternyata persoalan demi persoalan timbul seakan menolak takdir yang menimpa ketika itu. Tidak kurang juga dalam keadaan sedemikian, emosi juga turut terganggu lalu syaitan pun mulai membisikkan sesuatu yang tidak baik. Istighfar dan zikrullah menjadi peneman harian dengan harapan agar dikurangkan dugaan tersebut.
Dengan izinNya, satu demi satu permasalahan dan dugaan yang dilaluinya itu berjaya ditempuhi. Jika diimbas kembali rentetan yang menimpa, dirinya tersenyum sendirian.
“Maha Baiknya Allah. Dia memberikan aku dugaan sedemikian agar aku lebih dekat dengan Dia. Berfikir akan kebesaran-Nya. Dia memang ada dengan hamba-Nya, hanya kita yang mahu mencari atau berlari dari-Nya.”
Lalu, dalam keadaan sedemikian dapat disimpulkan bahawasanya setiap kehidupan yang kita jalani ini sememangnya tidak lari dari ujian, dugaan, permasalahan dan apa-apa jua musibah.
Tahukah kita, kesemua yang ditakdirkan Allah SWT itu indah belaka. Dia menghantarkan ujian demi ujian tanda kasih sayangNya kepada setiap hambaNya.
Oleh itu, di sini dapat juga disenaraikan beberapa perkara yang boleh kita lakukan sebagai seorang Muslim apabila ditimpa apa jua musibah. Antaranya seperti berikut;
1. Bangun malam dan solat sunat Tahajjud.
2. Bertaubat atas segala khilaf yang dilakukan.
3. Tidak meninggalkan solat fardhu lima waktu.
4. Melatih diri untuk membaca al-Quran pada setiap waktu selepas solat fardhu atau ketika waktu lapang. Ini kerana Al-Quran adalah salah satu ‘ubat penawar’ buat hati yang berduka.
5. Sentiasa membasahkan lidah dengan zikrullah.
6. Berfikiran positif dan yakin bahawa segala yang ditakdirkan kepada kita itu adalah untuk meningkatkan iman dan mendekatkan diri kita kepadaNya.
7. Bersedekah walaupun sedikit.
8. Sentiasa berbuat baik tanpa mengharapkan apa jua balasan.
9. Mempertingkatkan amal ibadah termasuk amalan sunat bagi menampung ibadah fardhu yang wajib.
10. Bersyukur di atas segala nikmat dan apa jua yang kita miliki.
11. Bersabar di atas segala ujian yang menimpa diri.
12. Meletakkan kebergantungan hidup kita kepada Allah dengan diiringi usaha dan tawakkal.
Setuju atau tidak jika dikatakan bahawa seluruh kehidupan kita ini adalah ujian dari Allah SWT. Tidak kira kaya atau miskin, hakikatnya di mata Allah kita semua sama. Yang membezakannya adalah pada nilai taqwa kepadaNya.
Kredit : HelangMerah.
Post a Comment