Semakin ramai aktivis OKU dan netizen membantah saranan Timbalan Menteri Agama, Fuziah Salleh tempoh hari yang mencadangkan supaya kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) menggunakan tandas OKU untuk sementara waktu, setelah saranan menggunakan tandas wanita ditolak umum.
LGBT : jangan sedap mulut, kaji dulu baru cadang! Timb Menteri Agama PH dikecam Persatuan OKU |
Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia (POKUAM) membantah serta mempertikaikan kenyatan Timbalan Menteri Agama tersebut sebagai tidak wajar terutama sekali apabila golongan OKU di negara ini masih menghadapi masalah kegunaan tandas mereka yang sering digunakan segelintir masyarakat lain.
Sementara itu, Pengerusi dan Pengasas Persatuan OKU Sentral, Ras Adiba Radzi berkata, kumpulan OKU sebulat suara tidak bersetuju dan menggesa Fuziah Salleh memohon maaf atas cadangan yang dibuatnya itu.
“Apakah YB tidak membuat penyelidikan sebelum memberi cadangan ini dan apa YB tidak prihatin dengan keadaan kami ini?” tanya beliau lagi.
ARTIKEL MENARIK: Lelaki Berpakaian Wanita (Memondan) Di Kelantan, Boleh Dikenakan Denda RM1,000
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyifatkan saranan yang dibuat oleh Fuziah Salleh sebagai tidak relevan.
Young Professionals (YP) yang mempunyai ahli OKU berpandangan bantuan yang mahu dihulurkan kepada pihak LGBT tidak sepatutnya dilakukan dengan meminggirkan pihak yang lain, khasnya kumpulan OKU yang sememangnya kumpulan minoriti yang agak terpinggir di negara kita.
Kerajaan Malaysia juga di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008 adalah berkewajipan untuk memastikan hak-hak OKU terjaga dan OKU mudah mendapat akses kepada hak-hak tersebut.
Sebelum ini, Anthony Thanasan yang banyak menulis tentang permasalahan OKU merangkap Presiden Petpositive berpandangan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Agama tersebut adalah tidak bertanggunjawab dan tidak boleh diterima.
Sebelum ini, Utusan Malaysia telah melaporkan beberapa individu OKU yang kurang senang dengan cadangan tersebut.
Ester Yap berkata sudahlah kemudahan sedia ada tidak mencukupi dan menyukarkan, golongan OKU harus sepakat untuk menolak perkongsian kemudahan awam tersebut. “Saya harap perkara ini tidak berlaku kerana selama ini pun golongan OKU bagaikan didiskriminasi dan sukar untuk menggunakan kemudahan sedia ada.”
Kredit : HelangMerah.
Post a Comment