Najib sindir k’jaan HARAPAN tak pandai matematik, akui ‘berjaya’ perbetulkan 2 fitnah terhadap BN

Najib sindir k’jaan HARAPAN tak pandai matematik, akui ‘berjaya’ perbetulkan 2 fitnah terhadap BN

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mempersoalkan kemahiran matematik pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN).

Najib sindir k’jaan HARAPAN tak pandai matematik, akui ‘berjaya’ perbetulkan 2 fitnah terhadap BN
Najib sindir k’jaan HARAPAN tak pandai matematik, akui ‘berjaya’ perbetulkan 2 fitnah terhadap BN

Melalui kenyataan di Facebook, Najib merujuk isu Taman Perindustrian Malaysia-China (MCKIP) di Kuantan.

Najib menyorot bahawa MCKIP adalah taman perindustrian berkembar dengan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou di negara China.

Jelas Najib, memiliki 50 peratus tapak perindustrian di negara China yang mempunyai 1.4 bilion penduduk lebih baik berbanding memiliki 100 peratus taman perindustrian di Malaysia yang mempunyai 30 juta orang.

ARTIKEL MENARIK:  Khairy ‘Smash’ Azmin Ali Berkenaan BR1M Yang Disifatkan Sebagai Sogokan


“MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51 peratus saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49 peratus.

“CMQIP pula dimiliki oleh China dengan 51 peratus pegangan saham dan 49 peratus oleh Malaysia dengan keluasan tiga kali ganda lebih besar daripada MCKIP di Kuantan.

“CMQIP kini juga sangat berjaya dan hasil pengeluaran kilang-kilang di sana telah mencecah RMB10 billion (RM6 bilion) untuk tahun 2017 sahaja.

“Jika kita arif dalam matematik dan tidak kerap silap mengenai titik perpuluhan, sudah tentu kita faham bahawa memiliki 50 peratus tapak perindustrian untuk pasaran 1.4 bilion orang adalah lebih baik dari memiliki 100 peratus untuk pasaran 30 juta orang sahaja,” katanya.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara Malaysiakini selepas pulang dari negara China minggu lalu bahawa beliau mahu merobohkan tembok di MCKIP.

Selain itu, Najib juga merujuk kenyataan Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang menjelaskan bahawa tembok di MCKIP hanya mengelilingi kompleks kilang Alliance Steel sahaja dan bukan seluruh taman perindustrian itu.

“Kilang besi bukan tempat selamat buat orang awam keluar masuk dengan mudah. Oleh itu, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kilang itu membina tembok sebagai langkah pengawalan dan keselamatan.

“Ini dah diperjelaskan sebelum ini tapi tenggelam dengan fitnah disebar HARAPAN.

“Fuziah memberitahu wartawan bahawa beliau akan menjelaskan kepada Dr Mahathir tidak lama lagi.

“Fuziah juga mengakui bahawa ramai dari kawasan parlimen beliau menghargai peluang pekerjaan di MCKIP dan tidak mahu pekerjaan mereka terjejas.

“Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU ke-14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan. Yang baik dituduh sebagai buruk,” kata Najib.

Kenyataan terbaru Najib itu merupakan kenyatan kedua hari ini yang menyifatkan “fitnah terhadap BN diperbetulkan”.

Terdahulu, Najib turut menyifatkan hal serupa berhubung kenyataan Timbalan Menteri Dalam negeri Datuk Azis Jamman berhubung angka kes kaum India tanpa kewarganegaraan.


Dr Mahathir mahu ‘Tembok Besar China Kuantan’ diroboh





WAWANCARA | Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu melihat tembok yang mengelilingi Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dirobohkan.

Malaysiakini dalam laporan khas tahun lalu menyorot pembinaan tembok sepanjang kira-kira sembilan kilometer mengelilingi kompleks industri berkenaan yang digambarkan oleh penduduk tempatan sebagai “Tembok Besar China Kuantan”.

Dr Mahathir dalam wawancara pertamanya selepas pulang dari China berkata beliau sedang cuba meletakkan semula pihak berkuasa Malaysia di kawasan itu dan telah membangkitkannya kepada Beijing.

“Saya jelaskan kepada kerajaan China bahawa kita akan patuhi peraturan, undang-undang dan amalan mereka di China, jadi kita juga mahu mereka mematuhi undang-undang dan amalan di Malaysia. Mereka tidak pernah menyatakan keengganan kepada hal ini.

“Kami perlu memastikan bahawa pembangunan ini mengikut undang-undang dan peraturan,” katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Pekerja dari China memberitahu Malaysiakini bahawa mereka dilarang keluar dari kawasan tembok berkenaan dan pekerja dibahagi-bahagi mengikut wilayah tempat tinggal mereka di China.

Wakil tempatan yang dipilih juga mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan masuk.




“Taman industri bukan negara asing, ia masih lagi tertakluk kepada undang-undang Malaysia, menghalang pegawai tempatan masuk bukan perkara yang seharusnya dilakukan.

“Tiada sesiapa yang pernah melakukan perkara itu. Anda bina taman industri dan anda tidak benarkan rakyat Malaysia masuk.

“Ini bukan amalan yang kita gunakan. Kita mempunyai ratusan taman industri dan semuanya tertakluk di bawah undang-undang Malaysia.

“Jadi kita perlu robohkan tembok dan semua (amalan) ini kerana ia salah di sisi undang-undang negara,” kata Dr Mahathir.

MCKIP sebelum ini menjelaskan bahawa tembok berkenaan tidak meliputi keseluruhan kawasan taman industri berkenaan dan hanya terhad untuk kawasan kompleks Alliance Steel (M) Sdn Bhd.

Perlu beri manfaat kepada Malaysia

Dalam wawancara yang berlangsung dalam bahasa Inggeris itu, Malaysiakini bertanya maksud sebenar Dr Mahathir apabila mengatakan “taking down walls“.

Dr Mahathir mengesahkan bahawa ia memberi maksud secara harfiah dan figuratif.

“Taman industri ini dibuat di bawah undang-undang Malaysia dan kita perlu menguatkuasakan undang-undang kita di dalam taman industri berkenaan.

“Katakan ada jenayah berlaku di dalam sana, ia tanggungjawab kita. Ia bukan tanggungjawab pihak yang memiliki taman itu,” katanya.

Dr Mahathir pulang dari China pada Selasa lalu selepas berbincang dengan Beijing berhubung pengkajian semula beberapa projek mega di Malaysia yang dibiayai oleh negara itu.

Dr Mahathir berulang kali menuduh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjual tanah kepada China sewenang-wenangnya atas nama pelaburan luar.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu menekankan bahawa pelaburan luar langsung perlu memanfaatkan Malaysia dari segi pengetahuan teknologi selain peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan bukannya sekadar memberi syarikat China tanah untuk dibangunkan.




Dilancarkan secara rasmi pada 5 Feb, MCKIP dimiliki 49 peratus oleh Guangxi Beibu Guld International Port Group Co Ltd, sebuah syarikat China yang dimiliki oleh kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi dan 51 peratus pemilikan selebihnya adalah konsortium tempatan, Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd.

Kuantan Pahang Holding Sdn Bhd merupakan perkongsian awam-swasta yang terdiri daripada IJM Land Bhd (40 peratus), Sime Darby Property Bhd (30 peratus) dan kerajaan Pahang melalui Perbadanan Setiausaha Kerajaan Pahang dan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (30 peratus).

Upacara pembukaan disempurnakan oleh Najib dan Jia Qinglin yang ketika itu merupakan pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Republik Rakyat China.

Dibahagikan kepada tiga fasa, pembangunan 1,219 ekar ketika ini akan disusuli dengan 1,000 ekar dan 800 ekar masing-masing bagi fasa dua dan fasa tiga.

Sebahagian besar fasa pertama, atau 710 ekar, telah dijual kepada Alliance Steel (M) Sdn Bhd, yang merupakan usaha sama antara dua syartikat China – Guangxi Beibu Gulf Port International Group Co Ltd dan Guangxi ShengLong Metallurgical Co Ltd – menurut jawapan bertulis sidang DUN Pahang bertarikh 14 Sept.

Jawapan bertulis itu menyatakan Alliance Steel, syarikat CHina pertama yang melabur dalam MCKIP, sedang membina loji keluli bersepadu moden yang sudah 50 peratus disiapkan dan dijangka mula beroperasi hujung tahun.

Kerajaan Pahang juga mendedahkan syarikat China yang mengkhususkan kepada bateri kereta berjanji untuk melabur dalam fasa ketiga MCKIP. Laporan media juga menyatakan sebuah lagi syarikat China akan melabur dalam taman industri itu bagi membina kilang aluminium.

MCKIP merupakan projek pertama yang akan dianugerahkan status “Taman Industri Kebangsaan” dan dikatakan akan melonjakkan perkembangan ekonomi tempatan yang akan membuka ribuan peluang pekerjaan kepada warga Kuantan.

Najib: Satu lagi fitnah terhadap BN diperbetul




Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan pendedahan jumlah sebenar kes kaum India tanpa kewarganegaraan hari ini merupakan satu lagi ‘fitnah’ terhadap BN yang diperbetul.

“Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan.

“Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman mengesahkan di dalam Dewan Negara bahawa jumlah kes bangsa India tanpa kewarganegaraan di Malaysia ialah 3,853 dan bukan 300,000 seperti didakwa oleh ramai pemimpin HARAPAN sebelum ini.

“Faktanya, 1,638 daripada 3,853 kes-kes ini juga telah diselesaikan di bawah kerajaan BN pimpinan saya dahulu,” katanya.

Najib berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Azis yang menjawab soalan senator T Mohan berhubung jumlah kes yang didakwa pemimpin HARAPAN.

Jelas Azis, setakat Mei tahun ini, terdapat 3,853 permohonan kewarganegaraan dan bukannya 300,000.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan bahawa ketika menjadi perdana menteri, beliau memberi keutamaan kepada semua pihak tanpa mengira kaum berhubung kelayakan mendapat kewarganegaraan.

“Walaupun saya dan pemimpin-pemimpin MIC telah memberi penjelasan angka sebenar banyak kali namun kita sering dituduh sebagai menipu oleh beberapa pemimpin-pemimipin HARAPAN kaum India yang tegas bahawa jumlah kes melebihi 300,000.

“Mereka menggunakan isu ini sebagai isu utama untuk membuat demonstrasi dan dalam ceramah-ceramah untuk menaikkan kemarahan kaum India terhadap kerajaan BN.

“Kini, ramai dari pemimpin-pemimpin HARAPAN yang memainkan isu ini telah dilantik menjadi menteri dalam kerajaan baru.

“Dengan pendedahan kerajaan HARAPAN sendiri tentang jumlah kes yang sebenar, adakah mereka akan meminta maaf kerana telah ‘tersalah kira’ dua tempat titik perpuluhan?” katanya.

Tahun lalu, anggota parlimen DAP M Kulasegaran, Charles Santiago dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II menyorot isu kaum India yang tidak mempunyai kad pengenalan.

Pemimpin PKR pada 2013 pernah mengadakan perhimpunan di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya dan mendakwa seramai 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri.

Pada Oktober 2017, Najib menjelaskan bahawa hanya 2,000 orang India yang terlibat dalam kes seumpama itu.

Sumber: Malaysiakini
Kredit : Express Viral
-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post