Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mengumumkan hasratnya untuk mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.
Khairy ‘Smash’ Azmin Ali Berkenaan BR1M Yang Disifatkan Sebagai Sogokan |
Malah, Tun Dr Mahathir menyifatkan pentadbiran kerajaan terdahulu terlalu manjakan rakyat dengan bantuan wang tunai tanpa mereka perlu melakukan kerja.
Susulan dari itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali yakin tindakan demikian tidak memberi impak negatif buat rakyat. Tambahnya lagi, dia menyifatkan sebarang bentuk sogokan tunai bagi meraih sokongan politik perlu dihentikan kerana mempunyai unsur rasuah.
ARTIKEL MENARIK: Nurul bantah bekas IGP dipilih sebagai fasilitator keamanan kerana Peristiwa ‘mata lebam’. Ini respond padu Rahim Noor
Oleh demikian, YB Khairy Jamaluddin memberi respon terhadap isu pemansuhan program BR1M buat rakyat ini.
Diamalkan oleh banyak negara lain
Saya bantah
Perlu tahu betapa besarnya nilai BR1M
Tak perlu dihapuskan
Sumber: Khairy Jamaluddin via ohbulan
BR1M Unsur Rasuah : Alasan Azmin Sangat Dangkal – Khairy
KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali yang memberikan alasan pemberhentian BR1M adalah kerana ada unsur rasuah dan menyifatkan kenyataan itu sebagai sangat dangkal.
Menurut beliau, jika Azmin menganggap pemberian wang tunai itu sebagai sogokan, maka beliau mencadangkan agar kerajaan menghentikan pemberian bonus dan duit raya kepada kakitangan kerajaan kerana ia juga boleh dianggap wujudnya unsur sogokan.
“Kalau begitu, jika pemberian wang tunai itu dianggap sogokan, maka hentikanlah juga pemberian bonus dan duit raya kepada kakitangan awam yang diamalkan oleh kerajaan selama ini. Alasan beliau pemberhentian BR1M kerana ada unsur rasuah adalah sangat dangkal,” ujarnya melalui entri terbaru di status Twitter rasminya.
Justeru, beliau membantah hasrat kerajaan yang mahu mengurangkan, malah menghapuskan skim bantuan tersebut yang ternyata diakui oleh pakar-pakar ekonomi mampu untuk membantu meningkatkan kitaran ekonomi di kalangan golongan tersebut.
“Saya membantah hasrat kerajaan untuk mengurangkan BR1M atau memansuhkan skim bantuan tersebut. Jika ada kelemahan, BR1M boleh diperkukuhkan lagi dengan dari segi pengesahan penerima yang layak, serta boleh juga dibuat perbelanjaan bersyarat.
“Pemberian wang secara tunai seperti ini bukan hanya di Malaysia, tetapi diamalkan oleh banyak negara lain. Skim seperti ini sangat membantu meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh golongan B40,” tegasnya.-MediaUMNO
BR1M dihentikan, ada unsur rasuah
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Foto – Bernama
IPOH – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional terdahulu perlu dihentikan kerana ia mempunyai unsur rasuah untuk mendapatkan sokongan rakyat, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata bagaimanapun kerajaan dibawah pimpinan PH sedang merangka inisiatif baharu yang meletakkan fokus untuk mensejahterakan rakyat bukan menyogok atau memperbodohkan rakyat.
“Melalui Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan kewangan kita pastinya akan memberikan pandangan dan membentangkan inisiatif baharu dalam hala tuju ekonomi negara di parlimen dalam masa yang terdekat.
“Kalau fokus ini (inisiatif baharu) untuk memberdayakan rakyat, saya percaya rakyat akan mempunyai kuasa ekonomi yang lebih dalam membantu meringankan kos sara hidup masing-masing,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tertinggi Cabang (MATC) 2018 ngeri Perak di sini hari ini.
Memetik sebuah portal berita dalam talian semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbirannya berhasrat mengurangkan BR1M secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya. – Sinar
Kredit : Express Viral
Kredit : Express Viral
Post a Comment