Air Minuman Keluarannya Didakwa Punca Pesakit Kanser Meninggal Dunia, Ini Respon Serina

Air Minuman Keluarannya Didakwa Punca Pesakit Kanser Meninggal Dunia, Ini Respon Serina

Selebriti Serina Redzuawan memuatnaik satu foto yang menyatakan bahawa air keluarannya menjadi punca seorang pesakit kanser tdak menjalani rawatan dan punca ianya melarat sekaligus meninggal dunia.

Air Minuman Keluarannya Didakwa Punca Pesakit Kanser Meninggal Dunia, Ini Respon Serina
Air Minuman Keluarannya Didakwa Punca Pesakit Kanser Meninggal Dunia, Ini Respon Serina

Kenyataan itu ternyata membuatkan anak kepada Che Wan ini berang apabila wanita tersebut mendakwa ibu saudaranya yang menderita penyakit kanser meninggal dunia selepas tak mahu jalani rawatan kemoterapi dan hanya minum produk jus durian belanda keluaran pelakon itu.

Serina Redzuawan memberitahu dakwaan itu sebagai satu unsur sabotaj terhadap perniagaannya, malah bukti menjelaskan tuduhan itu langsung tak masuk akal.

Ini kerana produknya itu hanya dikeluarkan tahun lalu manakala ibu saudara wanita itu meninggal dunia pada 2015.

ARTIKEL MENARIK:  Datuk Vida minta Aishah memulangkan semula rantai dan akan ganti dengan hadiah yang luar biasa. Rupanya hadiah ini yang dicari-cari selama ini oleh Aishah


Ini komen Serina :

MasyaAllah Ada juga yang busuk Hati nak sabotaj bisnes Serina. Nak tuduh kononya kerana air ni punca mak long dia meninggal dunia. logik lah sikit Air ni Serina baru keluarkan 2017, mcm Mana pulak Mak Long Dia meninggal 2015 Air ni pun Tak wujud lagi. kalau iya pun nak tutup periuk nasi orang ingat lah Allah skit, Serina maafkan org yang busuk Hati ni .Moga peminat dan Customer Serina jangan mudah percaya ngan penipuan ni. Satu fitnah yg tak berasas.Jus Durian Belanda memang anti kanser pun boleh Google and tengok doktor dan saintis buat kajian.



serina.jpg


Menerusi status yang dibuat oleh wanita itu, dia mendakwa ibu saudaranya minum air tersebut selepas disyorkan oleh seseorang kepadanya.


Dikatakan ibu saudaranya tidak perlu lagi melakukan rawatan kemoterapi sekiranya minum jus tersebut namun perkara sebaliknya terjadi.

Penyakit kanser ibu saudaranya merebak terus ke peringkat empat dalam tempoh kurang setahun gara-gara tidak melakukan kimoterapi dan rawatan susulan sehingga keadaannya tidak boleh diselamatkan lagi.

Serina juga meminta agar peminat dan pelanggannya tidak mudah percaya dengan berita tersebut.

Sumber: IG Serina 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post