Mahathir seperti penyakit kusta & dia yang ajar saya kurang ajar ! Kini Nazri kembali sokong Mahathir

Mahathir seperti penyakit kusta & dia yang ajar saya kurang ajar ! Kini Nazri kembali sokong Mahathir

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini secara terbuka melahirkan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas berlaku perang mulut menerusi media tahun lalu.

Mahathir seperti penyakit kusta & dia yang ajar saya kurang ajar ! Kini Nazri kembali sokong Mahathir
Mahathir seperti penyakit kusta & dia yang ajar saya kurang ajar ! Kini Nazri kembali sokong Mahathir

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, sepanjang 28 tahun menjadi ahli politik, tiada rekod beliau pernah melawan perdana menteri itu.

Katanya, beliau tiada masalah menyokong Dr Mahathir kerana pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu merupakan perdana menterinya suatu ketika dulu.

ARTIKEL MENARIK: Serangan ‘kem rafizi’ melampau! giliran Azmin Ali buka mulut ‘sound’ Abdullah Sani


“Saya tak pernah tinggalkan Umno, dia tinggalkan Umno, tapi dia perdana menteri sekarang, kita kena sokonglah… tiada rekod saya melawan perdana menteri.

“Lagi pun kita sokong perdana menteri apa dia buat sekarang ini,” katanya kepada pemberita di luar Parlimen hari ini.

Bekas menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, pendedahan dibuat kerajaan pimpinan Dr Mahathir seperti isu perhiasan isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan SRC International, tidak diketahuinya semasa dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya tidak tahu tentang perhiasan Rosmah dan saya tak tahu tentang SRC. Jadi kita kena benarkan perdana menteri untuk membuat penyiasatan. Kalau ada kes prima facie, dakwalah,” katanya.

Nazri berkata, beliau juga terkejut apabila pendedahan berkenaan dibuat.

“Kita sebagai ahli parti macam zaman Dr Mahathir dulu, dia presiden, apa dia cakap kita tak siasat dah, dia tuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu begini, kita setia.

“Dan Datuk Seri Najib Razak, kalau apa yang mereka tak cerita pada kita, kita akan sokong,” katanya.

Nazri berkata beliau juga akan “duduk diam” dan memilih untuk tidak bercakap banyak sekarang kerana mahu melihat apa yang akan didedahkan lagi.

Sebelum ini, ketika PH masih lagi pembangkang, Nazri dengan lantang mengkritik Dr Mahathir.

Malah, April tahun lalu, Nazri menyahut cabaran Dr Mahathir untuk berdebat isu 1MDB dan skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF), namun debat itu terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

Mengulas lanjut, Nazri menyokong agar Umno menjauhkan diri daripada Najib.“Kita susah selagi dia tidak ‘let us free’, kita masih lagi bawah bayang-bayang dia.


“Dia mesti memahami, dia mesti ikut jejak langkah Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.Nazri berkata, Najib juga perlu menjarakkan diri agar Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh memimpin parti.

SEBELUM INI NAZRI PERNAH MENGATAKAN MAHATHIR SEPERTI PENYAKIT KUSTA ARTIKEL BERIKUT PETIKAN DARI FREEMALAYSIATODAY 24 NOV 2016
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini semakin takut untuk didekati mana-mana pihak, seumpama pesakit kusta, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, Dr Mahathir dilihat membawa liabiliti kepada parti pembangkang lain dalam usaha mereka mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan.

“Dr Mahathir umpama orang ‘leprosy’. Orang takut nak dekat dengan beliau. Saya jelaskan kenapa Dr Mahathir liabiliti kepada pembangkang, sebab beliau tidak boleh menyertai parti pembangkang lain.

“Beliau tidak boleh sertai PKR, DAP, PAS atau Amanah. Kenapa beliau perlu tubuhkan partinya sendiri? Dari sini, saya boleh simpulkan yang beliau tidak boleh diterima parti lain,” katanya dalam temubual eksklusif bersama FMT.

Bekas perdana menteri yang mentadbir kerajaan selama 22 tahun itu kini menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) selepas memutuskan keluar Umno.
Perjuangan Dr Mahathir menentang Najib kini semakin jelas apabila beliau turut turun dalam 2 siri himpunan Bersih dan yang terbaru adalah Bersih 5 pada 19 November lalu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, penyokong dan pemimpin parti pembangkang sendiri tidak yakin dengan hasrat Dr Mahathir untuk bersama dalam perjuangan mereka ekoran bimbang bekas presiden Umno itu mempunyai agenda peribadi.

“Bila beliau menjadi liabiliti, beliau hadiri (program), orang dan pembangkang tidak seronok sebab Dr Mahathir diibaratkan seperti satu sumpahan.

“Beliau nak sertai (program), tetapi orang akan fikir beliau tidak akan membantu. Pakai baju Bersih, orang hanya gelak. Ia lebih kepada komedi berbanding membantu perjuangan mereka.

“Disebabkan itu, saya percaya penyokong tidak ada di situ (sertai Bersih 5), sebab mereka rasa Dr Mahathir akan datang dan gunakan demonstrasi itu untuk kepentingan diri sendiri. Sebab itu jumlah tidak seperti dijangka,” katanya.

Malah, ahli Parlimen Padang Rengas itu menegaskan dalam diri Dr Mahathir kini hanyalah sifat marah ekoran cubaannya selama 2 tahun menjatuhkan Najib masih tidak berjaya.
“Selama 2 tahun beliau cuba menjatuhkan Najib tetapi ahli Umno dan rakyat masih tidak boleh percayakannya. Najib masih di situ (kekal). Jadi kita boleh katakan beliau hanyalah orang tua yang marah. Masa kini tidak memihak kepadanya dan disebabkan itu beliau terdesak,” katanya.

NAZRI JUGA MENDAKWA MAHATHIR YANG MENGAJARNYA  JADI KURANG AJAR IKUTI ARTIKEL PENUH PETIKAN ASTROAWANI

LUBUK MERBAU: Terkenal dengan kelantangannya, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa beliau ‘kurang ajar’ kerana Tun Dr Mahathir Mohamad ‘mengajarnya’ menjadi begitu.

Menurutnya, dia tidak pernah melupakan tindakan bekas perdana menteri itu melawan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan bersikap ‘kurang ajar’ kepada Bapa Kemerdekaan Malaysia itu.

Tambah beliau, orang Melayu selalunya terkenal dengan kesopanan terutamanya apabila berdepan pemimpin namun apa dilakukan Tun Mahathir sangat berbeza.

“Masa itu saya berumur 15 tahun dan sebagai orang muda, saya melihat ia merupakan fenomena baru. Saya tengok Mahathir ni lain jadi saya terikut-ikut dengan dia.

“Saya kira pada hari ini kalau saya kurang ajar, dia laa (Tun Mahathir) yang ajar saya. Dia kurang ajar dengan perdana menteri (Tunku Abdul Rahman) tapi saya kurang ajar dengan bekas perdana menteri.

“Tapi saya bagus sikitlah sebab saya tak kurang ajar dengan perdana menteri. Itu pun selepas dia (Tun Mahathir) lawan kita. Banyak benda dia ajar jadi saya ikut apa dia ajar sampai sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Kayuhan Sayang Malaysia Visit MyKampung di Dataran Labu Kubong, di sini, pagi tadi.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri menempelak dakwaan mengatakan BN bertanggungjawab kepada pembubaran Bersatu seperti diumumkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (Ros) baru-baru ini.

Tegasnya, Bersatu tidak mahu mengaku salah lantas menuding jari kepada Umno sedangkan keputusan itu ditetapkan Ros kerana parti itu gagal mematuhi beberapa syarat ditetapkan.

“Saya dah kata banyak kali dah, kita (BN) tak mahu menang dengan cara tidak elok. Kita nak rakyat ada pilihan dan sokong kita kerana memang betul-betul sokong kita.

“Saya dah kata pun yang parti ini (Bersatu) gigit kita macam nyamuk saja. Walaupun Rafidah (Tan Sri Rafidah Aziz) kata nyamuk gigit boleh mati tapi dalam cerita ini, nyamuk gigit kita tapi nyamuk yang mati.

“Macam nyamuk aedes, dia gigit kita, manusia mati tapi ini nyamuk yang mati. Itulah Umno. Umno ni keramat, jangan khianat Umno,” ujarnya.


VIDEO SEKADAR HIASAN

Kredit : HelangMerah.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post