Dua beradik rentung dalam keadaan berpelukan

Dua beradik rentung dalam keadaan berpelukan

MEMILUKAN apabila dua beradik ditemui rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah di Kampung Hilir, Lingga di Sri Aman, 4 petang hari ini.

Dua beradik rentung dalam keadaan berpelukan
Dua beradik rentung dalam keadaan berpelukan

Lebih menyayat hati, mayat Zulkarnain Ajizul, 5, dan adik bongsunya, Zulfadli, 2, ditemui dalam keadaan berpelukan di bawah runtuhan rumah berkenaan.

Kedua-duanya dipercayai terperangkap dalam rumah yang terbakar.

Kakak mereka yang berusia lapan tahun pula turut melecur.

ARTIKEL MENARIK: Dakwa ditampar, rupanya nenek bubuh nila sebab beguk


Menurut sumber, beberapa jiran cuba membantu menyelamatkan dua kanak-kanak berkenaan, namun gagal kerana api terlalu marak.

“Jiran sedaya upaya membantu, namun api terlalu marak dengan beberapa bahagian rumah mula runtuh. Sayu mendengar tangisan dan jeritan mereka meminta tolong sebelum ‘sepi’.

“Semoga Allah merahmati dua anak syurga ini,” katanya.




Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada 4.28 petang.


Katanya, bertindak atas maklumat itu, sebuah jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman dikerahkan ke lokasi.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, hampir sebahagian struktur rumah musnah terbakar.

“Maklumat dari ibu kepada kanak-kanak tersebut semasa kejadian kedua-dua anaknya yang berumur dua dan lima tahun sedang tidur dan dia sempat menyelamatkan anak perempuan beliau yang berusia lapan tahun.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 6.28 petang,” katanya.

Beliau berkata, mayat dua beradiak itu dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat.

Menurutnya, punca kebakaran dan nilai kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Kredit : Wowberita

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post