Isu Orang Asli Kelantan. Ini Komen Tun Mahathir Buat Ramai LEGA

Isu Orang Asli Kelantan. Ini Komen Tun Mahathir Buat Ramai LEGA

Orang asli Gua Musang tertindas sekian lama akhirnya berjaya temui PM dan menyatakan hasrat mereka. Ini respons Tun Mahathir yang mengejutkan. Tak sangka.

Isu Orang Asli Kelantan. Ini Komen Tun Mahathir Buat Ramai LEGA
Isu Orang Asli Kelantan. Ini Komen Tun Mahathir Buat Ramai LEGA

KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN BANTU DARI SEGI UNDANG-UNDANG

Wakil masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang, Kelantan menemui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabatnya hari ini selepas menunggu kira-kira tujuh jam.

Difahamkan Mahathir mempunyai jadual yang ketat dan hanya dapat bertemu mereka selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet.

ARTIKEL MENARIK:  Kastam sahkan Tabung Amanah GST kekurangan RM19.4 bilion


Wakil masyarakat Temiar menemui perdana menteri berhubung pertikaian mengenai hak tanah adat dengan sebuah syarikat perladangan durian Musang King baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita, Mahathir berkata beliau menemui lima wakil Temiar di pejabatnya.

Perdana menteri berkata beliau memberitahu mereka akan cuba menyelesaikan masalah tersebut tetapi mengakui kerajaan Kelantan yang dikuasai PAS yang membuat keputusan mengenai perkara berkaitan tanah.

“Kerajaan Kelantan tidak berada di bawah Pakatan Harapan, jika kita berbuat apa-apa, ia memerlukan rundingan dengan kerajaan PAS di Kelantan, kita akan cuba selesaikan perkara itu mengikut undang-undang.

“Kerajaan persekutuan bersimpati dengan Orang Asli (di Gua Musang), jika kita ada kuasa, kita akan bertindak segera,” katanya.

Seramai 220 anggota masyarakat Temiar berkumpul di Putrajaya sejak pagi tadi untuk bertemu perdana menteri.

Mereka mendakwa hak ke atas tanah nenek moyang mereka dicabuli oleh pembalak dan firma perladangan.


Masyarakat Temiar membuat sekatan di Pos Tohoi untuk menghalang sebuah syarikat perladangan durian daripada memasuki tanah mereka, tetapi ia dirobohkan pada 4 Ogos lalu.


ORANG ASLI GUA MUSANG MOHON PM BANTU ISU TANAH

Sejumlah 200 Orang Asli dari Gua Musang, Kelantan, berkumpul di luar Jabatan Perdana Menteri pagi ini untuk meminta Tun Dr Mahahtir Mohamad campur tangan dalam kemelut tanah yang dihadapi mereka.

Screen-Shot-2018-08-10-at-10.36.03-PM.jp

Mereka berbuat demikian selepas mendakwa kerajaan Kelantan tidak mengendahkan usaha mereka berhubung pengiktirafan tanah adat.

Salinan memorandum mereka diterima Setiausaha Politik Mahathir, Abu Bakar Yahya.

Jurucakap kumpulan orang asli Nik Mohd Syafiq Dendi Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak memberikan maklum balas sejak pertemuan pertama mereka pada 2013.

“Sejak (2013) sehingga sekarang tiada tindakan atau pemakluman daripada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu tanah kami.

“Walaupun hakikatnya kami mewakili Orang Asli yang tinggal di kawasan itu dan lebih memahami keadaan kami sendiri,” katanya yang merupakan pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JARINGAN).

Nik Mohd Syafiq (gambar) juga berkata kerajaan Kelantan bertegas dengan pendirian bahawa JARINGAN adalah NGO tidak berdaftar.

Screen-Shot-2018-08-10-at-10.35.53-PM.jp

Mengulas lanjut, Nik Mohd Shafiq berkata mereka tidak diberi pilihan lain selain mendirikan sekatan sejak 18 Februari lalu.

Beliau berkata, keadaan yang dihadapi Orang Asli hari ini akibat keengganan kerajaan negeri mengiktiraf konsep tanah adat.

Hujah kerajaan negeri bahawa tanah adat tidak wujud di Kelantan perlu ditolak kerana ia berpunca daripada “kejahilan” terhadap kewujudan nenek moyang mereka di sana sejak beribu tahun yang lalu, katanya lagi.

JARINGAN antara lain menggesa kerajaan persekutuan untuk menyiasat syarikat yang terlibat dengan kegiatan pembalakan di kawasan mereka, hentikan semua kegiatan syarikat swasta di sana, serta menubuhkan Tribunal Tanah Adat sebagai usaha ke arah pengiktirafan rasmi terhadap hak mereka.

Kumpulan itu dijadual bertemu Mahathir tengah hari ini untuk membincangkan tuntutan itu dengan lebih lanjut.

Pada 4 Ogos lalu, sebuah syarikat perladangan durian Musang King didakwa merobohkan sekatan yang dibina masyarakat Temiar di Gua Musang.

Kejadian itu di sebalik langkah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah untuk melawat tapak sekatan itu dan berjanji untuk menyelesaikan pertikaian antara Orang Asli dan syarikat itu.

Sumber: Malaysiakini via http://www.malaysiakubaru.com

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post