Equanimity tersangat mewah, tidak dibuka untuk orang ramai – Mahathir

Equanimity tersangat mewah, tidak dibuka untuk orang ramai – Mahathir

KLANG – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan, kapal Equanimity yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai tersangat mewah.

Equanimity tersangat mewah, tidak dibuka untuk orang ramai – Mahathir
Equanimity tersangat mewah, tidak dibuka untuk orang ramai – Mahathir

Katanya, ini kali pertama beliau menyaksikan sendiri kapal yang sebegitu mewah walaupun sudah banyak kali menaiki kapal-kapal persiaran milik firma perkapalan antarabangsa sebelum ini.

“Terlalu mewah, apa yang kita fikir tentang kemewahan semuanya ada dalam kapal ini, semua kemudahan ada, jika anda memasuki bilik tidur utama, anda akan dapat melihat pemandangan langit.

ARTIKEL MENARIK: 'Sekarang Bukan Masa Tepat Untuk Kita Memberi Gaji Lebih Tinggi Kepada Penjawat Awam' - Dr Mahathir


“Sebab itulah, anggaran kos untuk menyelenggarakan kapal ini sahaja menelan belanja lebih RM2 juta sebulan,” katanya dalam sidang akhbar selepas meluangkan masa sejam melawat Equanimity di sini hari ini.






Pada masa yang sama, Tun M berkata, kerajaan memutuskan tidak membenarkan orang ramai melawat kapal mewah Equanimity bagi mengelakkan sebarang kerosakkan sehingga boleh menjejaskan harganya.

“Kapal ini sangat mewah dan kita tidak mahu menjejaskan nilainya kerana kita mahu menjualnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post